|
Legenda F1 Lauda yakin pemandu Red Bull mampu cipta rekod\rSUZUKA: Sebastian Vettel yang baru saja mengesahkan kejuaraan Formula Satu (F1) buat musim kedua berturut-turut diramal mampu mencipta kejayaan lebih gemilang berbanding Michael Schumacher, demikian menurut juara F1 tiga kali, Niki Lauda.\r\n\n\n\n\r Pemandu Red Bull berusia 24 tahun dari Jerman itu dinobatkan sebagai juara musim ini selepas menduduki tempat kedua pada Grand Prix (GP) Jepun di Suzuka kelmarin, dan muncul juara dunia dua kali termuda.\r\r\n\n\n\n\n Namun Schumacher yang kini berusia 42 tetap bergelar juara dunia termuda yang berjaya meraih gelaran sebanyak tujuh musim.\rTiada pemandu yang berjaya bergelar juara dunia melebihi lima kali kecuali Schumacher dan Juan Manuel Fangio manakala hanya lapan pemandu muncul juara lebih daripada dua kali.\r“Pencapaian Vettel sesuatu yang terbaik dalam F1 setakat ini kerana beliau sudah memenangi kejuaraan kali kedua pada usia 24 tahun.\r“Untuk muncul juara kali pertama sememangnya sukar dan apabila memenanginya kali kedua, ia semakin mudah kerana tekanan makin berkurangan,” kata Lauda yang berasal dari Austria.\r\n\n\n\n\rDitanya adakah Vettel mampu memenangi banyak lagi kejuaraan selepas ini, Lauda yang bergelar juara bersama Ferrari pada 1975 dan 1977 serta bersama McLaren pada 1984 berkata, ia mampu dilakukan.\r“Vettel mempunyai kemampuan untuk melakukannya sekali lagi. Jika jentera dan kariernya terus berada pada landasan betul, beliau mampu menambah koleksi kejuaraan. Secara teorinya, Vettel mampu memenangi kejuaraan lebih daripada Schumacher,” jelas Lauda yang kini berusia 62 tahun. - Reuters
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|