View: 178|Reply: 0
|
Protes antirasuah di 1,000 kota
[Copy link]
|
|
Pentadbiran Republikan, Demokrat dianggap lindungi golongan kaya\rWASHINGTON: Bantahan anti rasuah dan korporat di Amerika Syarikat bermula di Wall Street, New York, kini dilaporkan meletus di lebih 1,000 bandaraya di seluruh negara itu.\r\n\n\n\n\r Pergerakan ‘Occupy Wall Street’ memulakan demonstrasi empat minggu lalu dan meneruskan perhimpunan sehingga sekarang dengan menuntut kerajaan segera mengarahkan tentera pulang bagi mengurangkan perbelanjaan sejajar dengan keadaan ekonomi yang malap ketika ini.\r\r\n\n\n\n\n Sehingga pagi Jumaat lalu, halaman web ‘Occupy Together’, hab pergerakan ‘Occupy Wall Street’ melaporkan perhimpunan di 1,000 bandaraya, lapor kumpulan Democracy Now.\r“Pada masa ini, saya tidak nampak perbezaan antara George Bush and (Barack) Obama. Golongan kelas pertengahan semakin teruk sejak Obama dipilih,” kata John Penley yang diberhentikan kerja dalam bidang guaman di Brooklyn.\r“Beliau sepatutnya mengambil dasar popular dan agresif sejak awal lagi dengan menghalang bonus kepada pegawai Wall Street dan tidak cuba membantu bank yang bermasalah,” kata Michael Kazin, profesor sejarah Universiti Georgetown yang menulis buku ‘American Dreamers.’\r“Tetapi, apa yang paling utama ialah ekonomi tidak semakin baik dan itulah yang menjadi sebab utama semua orang kecewa,” katanya lagi.\r\n\n\n\n\rPada Khamis lalu, aktivis memulakan bantahan ‘Oktober 2011’ dengan menduduki Plaza Freedom di Washington DC. Penunjuk perasaan terbabit antara lain membantah pengaruh negatif pemimpin korporat, pengangguran, kemiskinan dan ketidaksamaan sosial di Amerika.\rMereka menyalahkan amalan Wall Street dan pengaruh korporat dalam dasar Rumah Putih yang memburukkan lagi krisis ekonomi Amerika.\r“Kita perlu hentikan pelaburan dalam penswastaan. Kita sepatutnya merasa bimbang terhadap nasib 99 peratus penduduk. Kita perlu labur wang kita untuk program kebajikan sosial,” kata seorang penunjuk perasaan.\rSemua ahli pergerakan ‘Occupy Wall Street’ berikrar untuk meneruskan bantahan mereka sehingga musim sejuk akan datang.\rPenunjuk perasaan menggunakan slogan ‘Kami adalah 99 peratus’ untuk menarik perhatian kepada fakta mereka bukan sebahagian daripada satu peratus penduduk Amerika yang memegang kekayaan dalam negara itu.\rPenunjuk perasaan membantah pengagihan kekayaan dan kuasa di kalangan kumpulan minoriti di negara itu, kata pengarang ‘Occupied Wall Street’, Arun Gupta kepada Press TV. – Agensi
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|