CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 179|Reply: 2

AS malu 2 askar di Seoul merogol

[Copy link]
Post time 9-10-2011 10:05 AM | Show all posts |Read mode
SEOUL: Kemarahan rakyat Korea Selatan mengenai dua kejadian memperkosa oleh askar Amerika Syarikat menyebabkan pegawai tentera negara sekutu Seoul itu mengambil langkah untuk cuba mengurangkan rasa berang mereka termasuk meminta maaf.\rBrigadier Jeneral David Conboy memohon maaf atas kemarahan penduduk tempatan selepas seorang askar Amerika dituduh merogol seorang remaja perempuan di bilik sewa mangsa pada 17 September lalu.\r\n\n\n\n\rSaya meminta maaf kepada mangsa, keluarganya dan rakyat Korea serta kesal atas kejadian ini. Kami menaruh harapan tinggi kepada askar kami supaya menjaga sepenuhnya tahap profesionalisme dan peri laku mereka, kata seorang lagi pegawai kanan tentera, Mejar Jeneral Edward C Cardon.\r\r\n\n\n\n\nAnggota tentera terbabit disoal siasat  polis tetapi belum ditahan. Seorang lagi askar Amerika ditangkap kerana disyaki memperkosa seorang remaja perempuan di utara Seoul pada 24 September lalu.\rDiplomat Amerika bagi rantau Asia Timur, Kurt Campbell juga meminta maaf pada Jumaat lalu berhubung kes berkenaan.\rBeliau menyifatkan kejadian yang berlaku   itu satu tragedi yang   sukar dimaafkan.\rAmerika menempatkan 28,500 askar di Korea Selatan bagi memantau perkembangan di Korea Utara.\r\n\n\n\n\rBerikutan itu, tentera Amerika menguatkuasakan semula perintah berkurung terhadap anggota tenteranya di Korea Selatan selepas dua kejadian berkenaan diketahui umum.\rDalam kes dua minggu lalu itu, askar terbabit yang berusia 21 tahun memecah masuk kediaman mangsa, menurut kenyataan tentera Amerika.\rAskar  yang diberi nama R dituduh merogol sebelum mencuri sebuah komputer dari kediaman mangsanya.\rAskar terbabit minum bersama mangsa awal hari berkenaan dan menemaninya pulang. Polis melaporkan, tertuduh mendakwa apa yang berlaku adalah dengan persetujuan mangsa tetapi mengaku mencuri komputernya.\rPolis sedang mengkaji bukti DNA dan rakaman CCTV, menurut kenyataan tentera Amerika lagi.\rSeorang lagi askar yang diberi nama I dituduh memperkosa seorang remaja  18 tahun pada 24 September lalu dan kes sudah diserah kepada pihak berkuasa tempatan.\rSehubungan itu, pemerintah tentera Amerika di Korea Selatan, Jeneral James D Thurman berkata, perintah berkurung akan berkuatkuasa mulai tengah malam hingga 5 pagi bermula esok pada hari biasa manakala pada hari minggu dan cuti umum, waktunya 3 pagi hingga 5 pagi.\rPerintah berkurung itu meliputi masa sebulan, kata Thurman.   Agensi\r

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-10-2011 10:57 AM | Show all posts
askar AS ni mmg kejam
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2011 11:33 AM | Show all posts
sempat lagi nak mencuri! :@:@
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 05:17 PM GMT+8 , Processed in 0.194993 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list