|
SEBUAH Dana Pembiayaan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) berlandaskan syariah berjumlah RM2 bilion akan diwujudkan pada 2012 bagi meningkatkan lagi sumbangan sektor itu kepada pertumbuhan ekonomi.\rDana yang akan dibiayai dua peratus kadar keuntungannya oleh kerajaan itu akan dikendalikan bank Islam terpilih.\r\n\n\n\n\r Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam pembentangan Bajet 2012 semalam berkata, PKS menyumbang kira-kira 31 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia, 56 peratus kepada tenaga kerja dan 19 peratus kepada eksport negara.\r\r\n\n\n\n\n Najib berkata, bagi membantu memulihkan PKS bermasalah, tetapi berpotensi dimajukan, kerajaan akan juga menyediakan RM100 juta bagi Dana Mempergiat PKS yang akan menawarkan pinjaman mudah hingga maksimum RM1 juta bagi usahawan menggiatkan semula perniagaan mereka.\rDana ini akan diuruskan SME Bank dan akan ditawarkan mulai Januari 2012.\rKatanya, Dana Kecemasan PKS berjumlah RM10 juta juga akan diwujudkan untuk membantu PKS yang terjejas oleh bencana alam.\rBeliau berkata, dana itu akan disalurkan kepada PKS dalam bentuk geran dan pinjaman mudah melalui SME Corp dan Malaysian Industrial Development Finance Bhd (MIDF).\r\n\n\n\n\rSkop pembiayaan dana akan meliputi pembelian mesin dan peralatan bagi menggantikan mesin dan peralatan yang musnah dalam bencana alam itu, membeli bahan mentah dan membaik pulih premis masing-masing, katanya.\rNajib berkata, bagi membolehkan PKS mengkomersialkan hasil penyelidikan mereka, Kerajaan akan mewujudkan Dana Inovasi Pengkomersialan berlandaskan syariah berjumlah RM500 juta dengan margin keuntungan yang menarik.\rDana ini akan membiayai PKS yang produknya telah melalui proses perakuan pengkomersialan pasaran.\rBerkuat kuasa 2012, dana ini ditawarkan di bank-bank Islam, dengan pembiayaan dua peratus kadar keuntungan dana oleh Kerajaan.\rSementara itu, bagi menyokong pembangunan industri francais tempatan, kerajaan akan memberikan potongan cukai bagi yuran francais yang ditanggung francaisi.
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|