CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 159|Reply: 0

Dunia sanjung Jobs

[Copy link]
Post time 7-10-2011 10:05 AM | Show all posts |Read mode
Pengasas bersama Apple diberi pengiktirafan terakhir\rCALIFORNIA: Pemimpin, pakar teknologi dan orang ramai memberi penghormatan terakhir kepada pengasas bersama Apple, Steve Jobs,  yang meninggal dunia kelmarin pada usia 56 tahun kerana barah pankreas.\r\n\n\n\n\rPresiden Barack Obama menyifatkan tokoh yang memberikan Mac, iPod dan iPhone kepada dunia itu sebagai ‘antara pencipta paling hebat Amerika Syarikat.’\r\r\n\n\n\n\nLembaga pengarah Apple ketika mengumumkan kematian bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) itu dalam satu kenyataan ringkas berkata: “Kami amat sedih untuk mengumumkan kematian Steve Jobs. Kepintaran, kesungguhan dan tenaga Jobs adalah sumber inovasi tidak terkira yang memperkaya dan memperbaiki kehidupan kita. Dunia lebih baik kerana Steve.”\rPenghargaan diberi dari seluruh dunia untuk Jobs, manakala peminat Apple membanjiri laman rangkaian sosial untuk meluahkan kesedihan mereka berikutan kematian lelaki yang membantu meletakkan komputer mini berbentuk telefon dalam berjuta poket.\rKetua Pegawai Eksekutif Apple, Tim Cook, berkata: “Apple kehilangan genius yang kreatif dan dunia kehilangan seorang manusia mengagumkan. Kami yang cukup bertuah mengenali dan bekerja dengan Jobs kehilangan seorang rakan baik dan mentor.”\rJobs yang bercuti atas sebab kesihatan Januari lalu, meletak jawatan sebagai CEO Apple, bulan lalu, menyerahkan tugasnya kepada Cook tetapi kekal sebagai pengerusi syarikat itu.\r\n\n\n\n\rDalam ucapan penghargaannya, Obama berkata dunia kehilangan seorang tokoh hebat.\r“Mungkin tiada kata-kata lebih hebat untuk bercakap mengenai kejayaan Jobs berbanding hakikat dunia mendengar kematiannya menerusi alat yang dicipta.”\rPengerusi dan pengasas bersama Microsoft, Bill Gates, memberikan penghargaan kepada lelaki yang pernah menjadi pesaingnya.\r“Jobs dan saya berjumpa buat kali pertama hampir 30 tahun lalu dan sejak itu kami menjadi rakan sekerja, pesaing dan rakan lebih separuh hayat kami.\r“ Dunia jarang menyaksikan seseorang yang memberikan impak seperti diberikan Jobs, kesan yang akan dirasakan untuk generasi akan datang. Bagi kami yang cukup bertuah dapat bekerja dengannya, ia satu penghargaan amat besar,” katanya.\rSementara itu, CEO News Corporation, Rupert Murdoch, berkata: “Kita kehilangan seorang pemikir paling berpengaruh, pencipta dan usahawan sepanjang masa. Steve Jobs adalah CEO paling hebat generasinya.\rPengasas laman web sosial Facebook, Mark Zuckerberg, berkata Jobs lebih daripada sekadar seorang pencipta baginya.\r“Jobs, terima kasih kerana menjadi mentor dan rakan. Terima kasih kerana menunjukkan apa yang anda cipta boleh mengubah dunia. Saya akan merindui anda,” katanya. – Agensi

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 05:43 PM GMT+8 , Processed in 0.059580 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list