CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 136|Reply: 0

Lancar perang tidak berbaloi

[Copy link]
Post time 6-10-2011 11:05 AM | Show all posts |Read mode
Ramai veteran tentera AS luah kekecewaan\rWASHINGTON: Satu pertiga veteran tentera Amerika Syarikat yang pernah bertugas di medan konflik sejak serangan 11 September 2001, berpendapat tindakan melancarkan perang di Iraq dan Afghanistan tidak berbaloi.\r\n\n\n\n\r   Tinjauan oleh Pusat Penyelidikan Pew yang disiarkan semalam mendapati mereka masih berpandangan lebih positif berhubung dua medan perang itu berbanding pendapat awam di Amerika namun masih mempunyai tanggapan negatif terhadap konflik terbabit.\r\r\n\n\n\n\n   Tiga puluh tiga peratus veteran tentera selepas 9/11 yang mengambil bahagian dalam tinjauan berkata, dua perang terbabit tidak berbaloi langsung sambil menuding kepada kos dan manfaatnya kepada Amerika.\rIa dibandingkan dengan 45 peratus responden tinjauan bukan tentera yang mengatakan perang terbabit tidak berbaloi.\rAskar Amerika dihantar ke Afghanistan beberapa minggu selepas serangan 2001 di New York untuk menggulingkan pemimpin Taliban yang melindungi pemimpin al-Qaeda bertanggungjawab atas kejadian 9/11.\rAmerika mengetuai kempen tentera ke atas Iraq pada 2003, menggulingkan kerajaan pimpinan Saddam Hussein sebelum berdepan pemberontakan berlarutan.\r\n\n\n\n\rJustifikasi utama untuk perang itu oleh Amerika sebelum pencerobohan adalah ancaman senjata pemusnah besar (WMD) Iraq. Tiada WMD yang ditemui sejak itu.\rSelain itu, lebih 4,400 anggota tentera Amerika terkorban di Iraq dan hampir 1,700 lagi terbunuh di Afghanistan, menurut perangkaan Pentagon.\rMelihat kepada setiap medan perang secara berasingan, 50 peratus veteran selepas 9/11 berkata, peperangan di Afghanistan berbaloi untuk diperjuangkan dan 44 peratus mengatakan perkara sama dengan perang Iraq, lapor Pusat Penyelidikan Pew.\rSebagai perbandingan, 41 peratus orang awam di Amerika mendapati perang Afghanistan berbaloi dari segi kos dan 36 peratus lagi percaya perang Iraq berbaloi.\rAntara veteran selepas 9/11, 34 peratus berpendapat kedua-dua perang berbaloi, berbanding 28 peratus orang awam, menurut pusat penyelidikan itu.\rTinjauan mendapati 96 peratus veteran terbabit melahirkan perasaan bangga dalam perkhidmatan tentera mereka. Namun 44 peratus melaporkan kesukaran dalam menyesuaikan diri dengan kehidupan orang awam dan 37 peratus melaporkan mengalami tekanan selepas trauma.\rPenemuan itu berdasarkan dua tinjauan seluruh negara dilakukan antara 28 Julai dan 15 September, satu membabitkan veteran tentera dan satu lagi orang awam.\rSeramai 1,853 veteran perang dan  2,003 orang awam  terbabit dalam tinjauan itu. –  Reuters

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 05:43 PM GMT+8 , Processed in 0.527859 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list