CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 172|Reply: 0

Suzuki lancar dua varian sedan

[Copy link]
Post time 6-10-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
SDLX bakal beri saingan sengit kepada Honda Accord, Toyata Camry\rSUZUKI Malaysia Automobile Sdn Bhd, anak syarikat DRB Hicom Bhd yang menjadi pengedar kenderaan Suzuki di Malaysia, akan melancarkan dua varian sedan premium saiz sederhana Suzuki Kizashi 2.4L di pasaran tempatan Januari depan.\r\n\n\n\n\rPengarah Urusannya, Ibrahim Maidin, berkata kemasukan dua varian itu, iaitu sedan sport 2.4L dan super deluxe SDLX 2.4L, adalah susulan maklum balas memberangsangkan diterima daripada pengguna terpilih di kalangan tokoh korporat dan rakan niaga Suzuki sejak beberapa unit terhad model itu dibawa masuk ke negara ini sebelum ini.\r\r\n\n\n\n\n“Pelan cadangan berkaitan aspek logistik dan sebagainya sedang disiapkan.\r“Berikutan, secara teknikalnya, model itu tergolong antara sedan Kelas C dan Kelas D, apa yang boleh kami nyatakan di sini ialah harganya menarik, jauh lebih murah daripada sedan Kelas C yang ada di pasaran tempatan hari ini iaitu antara RM130,000 dan kurang daripada RM170,000 seunit.\r“Tangguh dulu tempahan anda. Ia cadangan pulangan nilai yang baik untuk wang anda,” katanya pada majlis pelancaran Suzuki Swift 1.5L GX di Shah Alam, semalam.\rHadir sama, Timbalan Pengarah Urusan Suzuki Malaysia Automobile, Shinya Yokokawa dan Penasihat Eksekutifnya, Kenjiro Matsumoto.\r\n\n\n\n\rDifahamkan Suzuki mempertimbangkan untuk menawarkan harga RM158,888 seunit bagi varian sedan sport dan RM138,888 bagi SDLX.\rIa bakal memberikan persaingan sengit kepada Honda Accord 2.4L dan Toyota Camry 2.4L yang dijual pada harga melebihi RM170,000 seunit di negara ini.\rSedan mewah saiz sederhana Suzuki Kizashi 2.4L dilancarkan di Jepun setahun lalu dijual  sekitar RM110,000 seunit di negara itu.\rMengenai Suzuki Swift 1.5L GX yang dilancarkan itu, Ibrahim berkata, ia ditawarkan pada harga RM65,888 seunit di atas jalan termasuk insurans.\rBeliau berkata, sungguhpun ia adalah kereta ekonomi bersaiz kecil, Suzuki Swift 1.5L GX tidak mengetepikan ciri-ciri keselamatan seperti model premiernya yang lain.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 08:52 PM GMT+8 , Processed in 0.042956 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list