|
Springboks yakin tumpaskan musuh tradisi Australia tetapi enggan dabik dada\rWELLINGTON: PENGALAMAN beraksi pada Piala Dunia ini sebagai pasukan juara bertahan tidak memberi sebarang makna, kata flanker Afrika Selatan, Schalk Burger.\r\n\n\n\n\r Springboks berdepan cabaran suku akhir yang sengit menentang Australia Ahad ini, namun Burger yang berada di tahap prestasi tinggi ketika saingan peringkat kumpulan berkata, kejuaraan pada 2007 sudah “lama berlalu.”\r\r\n\n\n\n\n “Memang ia sedikit sebanyak membantu apabila pernah merasai dan berpengalaman sebelum ini, tetapi akhirnya angka mewakili negara tidak akan membantu menentukan kemenangan dalam perlawanan ragbi,” kata Burger.\r“Anda perlu bermain di luar sana dan bermain dengan kemampuan terbaik.\r“Empat tahun agak lama, jadi saya berharap apabila tiba pada dua saat terakhir, kami berada lima meter daripada garisan try Wallabies, dan bukan sebaliknya.\r“Apabila ia sengit seperti itu, anda akan menggunakan khidmat individu yang bakal membuat keputusan yang tepat, bukannya kesilapan. Kadang kala perkara seperti itu boleh berlaku, sama ada anda sudah beratus kali mewakili pasukan kebangsaan atau hanya lima kali.\r\n\n\n\n\r“Ia berkaitan ketepatan. Apabila perlawanan semakin sengit, ia bergantung kepada kesilapan individu atau keputusan individu dan harap-harap kami membuat keputusan yang betul.” \rDengan lambakan pengalaman seperti itu, jurulatih Afrika Selatan, Peter de Villiers mempunyai banyak pilihan untuk memilih 16 pemain daripada skuad yang mencipta kemenangan pada 2007 untuk menyenaraikan barisannya, dengan 11 daripada 15 pemain berpengalaman ketika perlawanan pembukaan peringkat kumpulan menentang Wales. – AFP
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|