|
Keyakinan, semangat pemain begitu tinggi: Rajagobal\rHARIMAU Malaya kini berada dalam keadaan penuh bersemangat, yakin dan cukup bersedia untuk bertembung pasukan ranking ke-19 dunia, Australia pada siri persahabatan antarabangsa di Stadium Canberra, esok.\r\n\n\n\n\r Jurulatih kebangsaan, Datuk K Rajagobal menyuarakan betapa tiada tekanan yang perlu dipikul anak didiknya sebaliknya bakal tampil dengan aksi lebih tenang menentang pasukan kedua terbaik benua itu.\r\r\n\n\n\n\n Pengendali berusia 55 tahun itu turut berkata suhu malam di Canberra yang agak sejuk dan mencecah sekitar 11 darjah Celsius tidak akan menyentap kesungguhan skuad senior negara untuk menjelmakan satu persembahan terbaik di gelanggang lawan nanti.\r“Kita buat persiapan biasa seperti apa yang harus dilakukan. Keyakinan dan semangat pemain begitu tinggi dalam sesi latihan tadi (malam tadi). Kita akan turun (esok) dengan tekad mempamerkan persembahan yang baik.\r“Saya mahu pemain beraksi tanpa tekanan kerana ini bukan pertandingan sama seperti kelayakan Piala Dunia, hanya satu perlawanan persahabatan.\r“Cuma yang penting, saya mahu terus melihat perkembangan para pemain kerana ini adalah salah satu proses untuk memilih pemain dan membina sebuah pasukan mantap,” kata Rajagobal ketika dihubungi di Canberra selepas sesi latihan, malam tadi.\r\n\n\n\n\rPerlawanan esok bermula jam 8 malam waktu Australia iaitu bersamaan 5 petang waktu Malaysia.
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|