CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 209|Reply: 0

Obama anggap bukan calon utama pilihan raya 2012

[Copy link]
Post time 5-10-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama semalam menganggap dirinya bukan calon pilihan ketika memulakan kempen menjelang pilihan raya 2012 yang disifatkannya sukar tetapi pada masa sama berjanji memberi tentangan kepada pencabar Republikan dalam isu ‘nilai dan visi’.\rBeliau juga mengakui bahawa rakyat Amerika tidak berada dalam keadaan lebih baik pada masa ini berbanding empat tahun lalu, satu pengakuan bahawa cubaannya menang penggal kedua untuk terus menduduki Rumah Putih dibayangi keadaan politik yang sukar.\r\n\n\n\n\r   Dalam satu temubual dengan ABC News dan Yahoo! Obama berhadapan dengan satu kaji selidik menunjukkan 55 peratus responden menganggap beliau akan jadi presiden satu penggal selain mengakui keadaan ekonomi menyukarkan masa depan politiknya.\r\r\n\n\n\n\n   Obama juga tidak menunjukkan keyakinan kepada kempennya kali ini dan ketika ditanya sama ada beliau akan menjadi calon bukan pilihan ketika berhadapan dengan saingannya dari Republikan tahun depan, Obama berkata, ‘sudah semestinya’.\r“Dengan keadaan ekonomi, tiada lagi keraguan bahawa apa yang berlaku menjadi perhatian anda... Saya tidak kisah, saya sudah biasa jadi seorang yang bukan pilihan.”\rTetapi, Obama yang juga bersaing rapat dengan dua calon utama Republikan, Rick Perry dan Mitt Romney dalam kaji selidik, mempertikaikan bahawa pengundi Amerika  akan ditawarkan pilihan yang lebih baik tahun depan.\r“Satu pertandingan nilai dan visi akan berlangsung pada 2012. Tiada siapa dapat nafikan bahawa kita bukanlah di mana kita diperlukan,” katanya merujuk kepada ekonomi dan kadar pengangguran yang tinggi.\r\n\n\n\n\rSebelum itu, kempen pilihan raya semula Obama menunjukkan visi membentuk kempen 2012, mempertikaikan bahawa calon bagi Republikan lebih berminat untuk menarik sokongan Tea Party.\r“Ketika Presiden berjuang untuk mewujudkan pekerjaan dan mengembalikan wang di kalangan kelas pertengahan Amerika, calon Republikan mencadangkan dilanjutkan cukai besar korporat dan potongan cukai  bagi mereka yang kaya dengan menulis peraturan mereka sendiri,” kata memo itu.\rKempen itu menyifatkan Republikan juga jauh daripada aliran utama Amerika dalam isu imigrasi, pembaharuan perbankan, cukai, kesihatan, peraturan ekonomi dan pendidikan. – AFP

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 05:39 PM GMT+8 , Processed in 0.041188 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list