CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 201|Reply: 0

70 maut militan Somalia serang pejabat kerajaan

[Copy link]
Post time 5-10-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Al-Shabaab mengaku bertanggungjawab\rMOGADISHU: Militan Somalia meletupkan bom dalam trak di depan Kementerian Pendidikan menyebabkan sekurang-kurangnya 70 maut di tengah ibu negara itu, semalam.\r\n\n\n\n\r   Letupan itu didakwa dilakukan pemberontak Al-Shabaab dalam serangan terbesar terhadap ibu negara berkenaan sejak Ogos lalu.\r\r\n\n\n\n\n  Saksi berkata, bunyi letupan kuat di perkarangan bangunan empat kementerian kerajaan di kawasan K4 (Kilometer 4) ibu negara, Mogadishu itu ketika pelajar yang mengambil peperiksaan. \r“Kami membawa 70 mayat dan 90 lagi mangsa cedera. Ramai yang masih terlantar di sana. Kebanyakan mereka melecur,” kata penyelia ambulans, Ali Muse.\rWartawan Reuters melihat sembilan mayat di kawasan yang dikawal pasukan kerajaan dan tentera pengaman Kesatuan Afrika (AU). \rBeliau berkata, ramai mangsa yang melecur berjalan ke arah hospital berdekatan dan polis cuba untuk memindahkan pelajar yang terperangkap dalam bangunan.\r\n\n\n\n\rPemisah yang berkait dengan al-Qaeda, Al-Shabab mengancam melancarkan serangan terhadap kepentingan kerajaan selepas mengarahkan pejuang mereka meninggalkan Mogadishu awal Ogos.  \r“Al-Shabaab yang melancarkan serangan. Sasaran kami adalah kementerian,” kata jurucakap pemberontak kepada Reuters. \rPolis berkata, trak meletup di depan pintu pagar. Wartawan kedua Reuters berdekatan melihat trak pikap kerajaan meninggalkan tempat kejadian dengan dua mayat yang ditutup dan lima lagi berlumuran darah. \rPolis turut melepaskan tembakan ke udara untuk menyuraikan orang ramai. Muse berkata, beliau melihat trak itu dipenuhi petrol dan bahan letupan. Beliau berkata pelajar, tentera dan orang ramai antara yang terbunuh.\rAskar berpakaian seragam dilihat membawa mangsa yang cedera dari tempat letupan manakala seorang petugas di hospital Medina, Ali Abdullahi, berkata:\r“Ini adalah serangan paling ganas. Bayangkan berpuluh-puluh mangsa dibawa ke sini setiap minit. Muka ramai mangsa kehitaman kerana asap dan cuaca panas.” Al-Shabab segera mengaku bertanggungjawab dalam kenyataan di web.\r“Pejuang mujahidin kami memasuki satu tempat pertemuan biasa antara menteri dan orang asing,” kata Al-Shabab. – AP

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 11:02 AM GMT+8 , Processed in 1.347925 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list