|
Infrastruktur tampung pengeluaran minyak sawit\rPT Synergy Oil Nusantara, iaitu syarikat usaha sama antara FELDA Iffco Sdn Bhd dengan TH Plantations Bhd, akan melabur RM48 juta untuk meningkatkan kapasiti kilang penapisan, pemprosesan dan pembungkusan minyak sawitnya di Kabil, Batam, Indonesia kepada 645,000 tan setahun menjelang 2013.\r\n\n\n\n\r Syarikat terbabit kini mempunyai kapasiti pengeluaran sekitar 500,000 tan setahun dengan sebahagian besar dieksport termasuk ke India, Bangladesh, Mesir, Eropah, Perancis dan beberapa negara serantau.\r\r\n\n\n\n\n Pengarah Urusan Rantau FELDA Iffco, Ras Manikkam, berkata langkah itu akan membabitkan usaha mengoptimumkan tapak kilang syarikat itu yang bersebelahan pelabuhan Batam, Indonesia yang mana ketika ini hanya kira-kira 30 peratus saja digunakan.\rBeliau berkata, ia termasuk pembinaan infrastruktur tambahan bagi meningkatkan pengeluaran serta ruang stor bagi menambah jumlah simpanan bahan mentah yang diperoleh secara pukal daripada pengeluar minyak sawit di Indonesia.\r“Operasi kilang sudah mencecah tahap maksimum dan kami sedang mengkaji beberapa aspek termasuk berbincang dengan pembekal minyak sawit bagi mengetahui keupayaan pembekalan mereka supaya kami dapat memutuskan pelaburan yang bakal diperlukan untuk meningkatkan kapasiti menjelang pertengahan 2013 nanti.\r“Ramai pelanggan khususnya dari rantau ini menunggu kami meningkatkan pengeluaran, bahkan beberapa permintaan dari negara luar turut tidak dapat dipenuhi kerana kapasiti yang terhad, justeru langkah meningkatkan kapasiti akan memberikan sinergi kepada syarikat memenuhi permintaan dan meneroka pasaran baru,” katanya sambil menambah sebarang perancangan dan pengembangan operasi kumpulan FELDA Global di luar negara akan memberi manfaat kepada rakyat Malaysia khususnya pemegang saham syarikat berkenaan.\r\n\n\n\n\rBeliau berkata demikian pada lawatan media meninjau operasi FELDA Iffco di Kabil, semalam.
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|