CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3783|Reply: 0

2PM HANDS UP TOUR IN MALAYSIA ON NOV 25, 2011

[Copy link]
Post time 4-10-2011 12:52 PM | Show all posts |Read mode


Berita gembira kepada peminat kpop di Malaysia.

Setelah kunjungan 2AM ke Malaysia pada 21 Mei 2011 yang lalu kini giliran 2PM pula akan membuat kunjungan sempena Asia Tour 2011. Yup..boleh dijangka dan bertapa terujanya kesemua peminat di Malaysia ini dengan berita ini dari mula pihak JYP Ent. mengumumkan bahawa Malaysia termasuk dalam salah satu bandar persinggahan konsert yang merupakan pertama kali diadakan di Malaysia. Rupa-rupanya pihak JYP benar-benar mengotakan janji mereka semasa kedatangan 2AM yang lalu.


2PM Hands Up Asia Tour Live In Malaysia 2011 akan mengadakan persembahan untuk pertama kalinya dihadapan peminat MY HOTTEST 2PM Malaysia pada 25 November 2011 di Stadium Negara pada pukul 8.30pm. Dengan lagu popular hit mereka 'Only You', Again & Again' dan 'I'll Be Back' juga single terbaru mereka 'Hands Up' sudah pasti akan mengegarkan Stadium Negara ditambah lagi dengan tarian mereka yang sentiasa menjadi ikutan dan kegilaan peminat 2PM.


Keutamaan pada konsert ini nanti adalah rekabentuk landasan pentas yang berbentuk T pada tengah pentas dihadapan pentas utama untuk membolehkan 2PM berhubung lebih dekat dengan peminat.

Konsert ini dibawa oleh TM Everyone Connects dan dianjurkan bersama oleh Star Planet dan Hwa Yea Multimedia. Pelancaran jualan ticket akan diadakan pada 8 October 2011 di VIVA HOME dari 2.00 petang - 8.00 malam. Harga ticket adalah RM638(Standing Rock Zone), RM488 & RM388 (numbered seated) dan RM188(free seating).

Sekiranya anda pelanggan TM, discount sebanyak 20% akan diberikan pada pelancaran jualan ticket tersebut tapi diingatkan anda perlu membawa bil TM yang terkini sebagai bukti pembelian. Dan discount 10% pula sekiranya anda adalah pelanggan Star Planet.

Dan untuk info selanjutnya sila layari www.starplanet.com.my. atau anda boleh menghubungi Star Planet di talian 03-9223 3667 atau TicketCharge di talian 03-9222 8811.


Jadi tunggu apa lagi, sekiranya anda adalah peminat setia HOTTEST 2PM jangan lepaskan peluang, sila datang beramai-ramai pada hari pelancaran jualan ticket pada 8 October 2011 ini.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-10-2024 12:23 AM GMT+8 , Processed in 0.034240 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list