CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 241|Reply: 0

MILF kecewa pelan damai sia-sia

[Copy link]
Post time 4-10-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Filipina  tolak  tuntutan pemisah Islam  wujud    wilayah autonomi di selatan\rSULTAN KUDARAT: Pemimpin pemisah Islam di selatan Filipina menyuarakan kekecewaan mereka bahawa usaha diplomatik untuk menamatkan pemberontakan paling panjang dan dahsyat di Asia terjejas dan belum mencapai matlamatnya.\r\n\n\n\n\r   Pengerusi Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF), Murad Ebrahim melahirkan harapan selepas satu mesyuarat bersejarah dengan Presiden Filipina, Benigno Aquino pada Ogos lalu bahawa rundingan damai berada pada landasannya dan satu perjanjian akhir akan dicapai.\r\r\n\n\n\n\nNamun rundingan terjejas sebaik saja kerajaan menawarkan satu pelan damai, sebuah dokumen disifatkan Murad sebagai satu ‘usaha sia-sia’ dan boleh membawa kepada berterusannya satu konflik yang meragut hampir 150,000 nyawa.\r“Ada satu tanggapan bahawa ini seperti langit dan bumi,” kata Murad kepada pemberita baru-baru ini di ibu pejabat Camp Darapanan MILF di selatan Filipina, merujuk kepada kedudukan kedua-dua belah pihak.\rMurad menegaskan   tidak ada lagi rundingan secara langsung antara kedua pihak sehingga kerajaan menghasilkan satu rangka kerja lebih realisitk, tetapi kerajaan menolak tuntutan MILF.\rKebuntuan itu adalah halangan terkini sejak rundingan 10 tahun lalu di mana pemantau berkata, ia tidak pasti kerana kerajaan tidak mampu untuk memenuhi kehendak MILF bagi sebuah wilayah autonomi di selatan.\r\n\n\n\n\rAda kira-kira empat juta penduduk Islam di selatan Filipina di Mindanao, sebuah kawasan yang dilihat mereka mengembalikan kesulatanan Islam yang wujud lama sebelum kedatangan Kristian Sepanyol pada tahun 1500.\rWilayah itu adalah antara yang paling subur dan kaya dengan sumber di Filipina tetapi juga sebuah wilayah paling miskin di negara itu dan tidak membangun, berikutan konflik yang bermula sejak empat dekad lalu.\rPenduduk Islam dikenali sebagai Bangsamoro kini adalah minoriti di Mindanao tetapi menegaskan mereka perlu dibenarkan untuk memerintah di wilayah sendiri dan mengawal kekayaan mereka.\r“Kami  berasa dijajah,” kata Murad.\rMILF adalah sebuah kumpulan pemisah Islam terbesar dengan 12,000 askar sejak empat dekad lalu cuba untuk mendapatkan penempatan sendiri melalui pemberontakan,  yang memuncak pada tahun 1970-an.\rBagaimanapun rundingan tidak dapat diteruskan sejak 2008 berikutan Mahkamah Agung menghalang satu rundingan damai yang akan membuka pintu kepada sebuah wilayah autonomi Islam, dengan memerintahkannya sebagai tidak berperlembagaan. \rPresiden Benigno Aquino yang memerintah tahun lalu berjanji untuk mengadakan semula rundingan damai dan mengadakan pertemuan dengan Murad pada Ogos.\rPertemuan mereka di Jepun adalah rundingan bersemuka pertama diadakan di antara presiden Filipina dan pemimpin MILF.\rBagaimanapun sifat optimis di kalangan MILF berkurangan selepas kerajaan meneruskan rancangan damai beberapa minggu selepas itu dengan syarat yang tidak dapat diterima. – AFP

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 11:07 AM GMT+8 , Processed in 0.044977 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list