|
Kelemahan sentimen saham serantau turut jejas indeks bursa tempatan\rBURSA Malaysia ditutup semalam dengan tekanan jualan berikutan penurunan Wall Street minggu lepas. FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 19.61 mata atau 1.41 peratus, untuk ditutup pada 1,367.52 selepas dibuka 5.32 mata lebih rendah pada 1,381.81.\r\n\n\n\n\rIndeks penanda aras berlegar antara 1,353.45 hingga 1,381.9 sepanjang hari.\r\r\n\n\n\n\nIndeks ekuiti utama AS susut antara 2.2 peratus dan 2.6 peratus pada Jumaat lalu selepas data menunjukkan perbelanjaan pengguna dalam negara perlahan pada Ogos.\rSeorang peniaga berkata, bursa juga ditarik turun oleh kelemahan sentimen pasaran serantau, kecuali Indeks Harga Saham Komposit Korea yang ditutup sempena cuti umum.\r“Pasaran bimbang dengan ekonomi global kerana mungkin menuju ke arah satu lagi kemelesetan selepas krisis hutang Eropah semakin teruk dan pertumbuhan ekonomi AS perlahan,“ katanya.\rIndeks Asia Pasifik MSCI susut 2.8 peratus kepada 110.00, penurunan suku tahunan paling besar dalam masa hampir tiga tahun.\r\n\n\n\n\rMenteri Kewangan Zon Euro bertemu hari ini bagi membincangkan mengenai bantuan pinjaman kepada Greece serta meneliti cara merangsang dana menyelamat euro bagi menghalang Eropah daripada mengalami penularan isu kewangan.\rHasilnya, bursa tempatan dijangka terus dipengaruhi sentimen luar yang kurang memberangsangkan minggu ini.\rIndeks Kewangan turun 212.07 mata kepada 12,447.21, Indeks Perladangan susut 212.22 mata kepada 6,861.87, manakala Indeks Perusahaan berkurangan 38.53 mata kepada 2,507.9.\rIndeks FBM Emas turun 141.29 mata kepada 9,256.28, Indeks FBM70 jatuh 189.3 mata kepada 9,825.72, FBMT100 susut 140.03 mata kepada 9,113.71 dan FBM Ace berkurangan 33.75 mata kepada 3,564.2.\rSaham rugi mengatasi untung pada 560 berbanding 167 manakala 201 kaunter kekal, 552 tidak didagangkan dan 23 yang lain digantung.\rJumlah dagangan susut kepada 631.32 juta saham bernilai RM1.14 bilion daripada 1.1 bilion saham bernilai RM1.85 bilion pada Jumaat lalu.\rAntara saham rugi, Panasonic Manufacturing turun 78 sen kepada RM18.72, Kuala Lumpur Kepong susut 60 sen kepada RM20.50 manakala British American Tobacco berkurangan 56 sen kepada RM44.12. \rSaham aktif, GPRO Technologies dan MBf Holdings Bhd-Warrants susut setengah sen setiap satu masing-masing kepada 15 sen dan 5.5 sen, Dialog Group turun tujuh sen kepada RM2.18, PLUS Expressways kekal pada RM4.31 dan AirAsia berkurangan enam sen kepada RM2.97. \rBagi saham wajaran tinggi, Maybank turun sembilan sen kepada RM7.91, CIMB berkurangan tujuh sen kepada RM6.90, Sime Darby susut 26 sen kepada RM8.18, Petronas Chemical rugi lapan sen kepada RM5.48 dan Maxis jatuh tiga sen kepada RM5.29. \rJumlah dagangan di Pasaran Utama berkurangan kepada 484.39 juta saham bernilai RM1.12 bilion daripada 871.21 juta saham bernilai RM1.83 bilion Jumaat lepas. \rDi pasaran ACE, jumlah dagangan susut kepada 114.29 juta unit bernilai RM14.36 juta daripada 143.475 juta unit bernilai RM17.09 juta sebelumnya. Waran turun kepada 30.64 juta saham bernilai RM14.36 juta daripada 82.35 juta saham bernilai RM5.39 juta minggu lepas. – BERNAMA
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|