CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 88|Reply: 0

Saham Asia Tenggara menjunam

[Copy link]
Post time 4-10-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
SAHAM pasaran Asia Tenggara menjunam lagi semalam, didahului pasaran Thailand yang susut 4.5 peratus, berikutan penurunan saham berkaitan komoditi mengalami tekanan ekoran kebimbangan mengenai krisis hutang zon Eropah yang berpotensi merencat pertumbuhan global.\rMata wang Baht lemah berikutan langkah institusi dana asing mengurangkan pendedahan kepada rantau ekonomi baru muncul, walaupun keuntungan daripada penjualan saham itu secara umumnya sedikit.\r\n\n\n\n\rSelagi masalah di Eropah tidak diatasi, ditambah risiko kemelesetan di Amerika Syarikat (AS), adalah sukar untuk melihat kemasukan pelaburan dalam aset berisiko, kata broker.\r\r\n\n\n\n\n“Penjualan saham asing dalam syarikat bermodal besar adalah meluas di tengah penurunan harga pada pasaran global berikutan peralihan keluar dana setelah melihat saham sebagai aset berisiko,” kata Ketua Penyelidikan Broker BFIT Securities, Anubhon Sriaj di Bangkok.     \rFilipina tamat dengan 3.4 peratus rendah dengan pulangan yang rendah iaitu satu pertiga daripada purata setiap bulan. Vietnam ditutup jatuh 1.3 peratus.\rDagangan pertukaran saham Filipina semalam dipanjangkan satu jam, sebahagian daripada program dua fasa bursa itu berikutan persediaannya untuk menghubungkannya dengan pasaran saham Asia Tenggara yang lain.\rSaham berkaitan komoditi memimpin kejatuhan itu di tengah-tengah kekurangan permintaan dan harga. \r\n\n\n\n\rFirma tenaga terunggul Thailand, PTT jatuh 5.4 peratus kepada 246 baht, nilai paling rendah dalam tempoh lebih setahun.\rPETRONAS Chemicals dari Malaysia jatuh 2.7 peratus dan pelombong arang batu milik Indonesia, Adaro Energy susut 3.5 peratus.\rAhad lalu, Menteri Kewangan Greece berkata, defisit negara itu tahun ini berkemungkinan sebanyak 8.5 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), lebih tinggi daripada sebelumnya iaitu 7.8 peratus, dan beliau menyalahkan kemelesetan yang lebih buruk berbanding jangkaan itu adalah ekoran kegagalan itu.\rEkonomi Greece disasar untuk menguncup 5.5 peratus tahun ini.\rPendedahan bahawa Greece semakin sukar untuk mengurangkan kadar pinjaman di sebalik langkah yang diambil telah menimbulkan kebimbangan yang peminjam antarabangsa akan menarik semula pinjaman itu.\rDengan jumlah pinjamannya AS$10.8 bilion (RM34.657 bilion) baru, Greece berkata ia tak mampu membayar semua jumlah itu bermula pertengahan Oktober ini.\rGreece sejak Mei 2010 bergantung kepada pinjaman bermula AS$150 bilion sebagai penyelamatan dari negara Eropah dan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF). \rKemudian negara itu menerima kelulusan untuk menerima pakej pinjaman sebanyak 109 bilion euro pada Julai lalu, tapi perincian lain masih diusahakan. – Agensi

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 08:40 PM GMT+8 , Processed in 0.252878 second(s), 10 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list