CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 157|Reply: 0

Kongres AS henti bantu Palestin

[Copy link]
Post time 3-10-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Reaksi balas hukuman terhadap PA kerana mohon jadi  anggota PBBLONDON: Tiga jawatankuasa kongres menghentikan pembiayaan bantuan dan kewangan kepada  Pihak Berkuasa Palestin (PA) sebagai reaksi balas kepada cubaan memohon keang-gotaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), langkah yang disifatkan PA sebagai hukuman kolektif,  lapor akhbar The Independent.\n\n\n\nKongres Amerika Syarikat menghalang pemberian bernilai hampir AS$200 juta (RM638 juta) dalam bentuk bantuan kepada penduduk wilayah itu. Bantuan berkenaan, yang dikhaskan untuk projek berkaitan makanan, penjagaan kesihatan dan usaha membangunkan wilayah, sepatutnya  dipindahkan kepada PA pada tahun fiskal Amerika yang berakhir kelmarin,   lapor akhbar itu.\n\n\n\n\n\nAkhbar berkenaan menggambarkan tindakan itu sebagai ‘sekatan yang tidak diumumkan’ sejak Ogos lalu sebagai tindak balas kepada usaha Palestin memohon keanggotaan PBB.Ketua jurucakap PA, Ghassan Khatib, Jumaat lalu berkata, tindakan Kongres itu tidak adil.“Bantuan itu  kebanyakannya digunakan untuk projek pembangunan dan kemanusiaan, ia adalah satu bentuk hukuman yang pasti menjejaskan keperluan penduduk, manakala alasan yang diberi adalah tidak munasabah,” lapor Independent memetik beliau sebagai berkata.Pelbagai pihak di Kongres  membuat desakan dari semasa ke semasa untuk menghentikan pembiayaan kepada PA jika ia terus memohon penubuhan negara merdeka.\n\n\n\nAnggota Jawatankuasa Kecil Dewan mengenai Asia Barat dan Asia Selatan daripada parti Republikan, Gary Ackerman, berkata mungkin ada keperluan untuk menghentikan semua bantuan kepada Palestin kerana meneruskan usaha mereka yang dianggap ‘amat bahaya’.Resolusi 268, diluluskan oleh majoriti di Kongres Julai lalu, menggesa pentadbiran Presiden Barack Obama  menggantung bantuan kewangan kepada PA jika ia memohon undian di PBB bagi mengiktiraf negara merdeka Palestin dan menyeru supaya rundingan damai Israel dan Palestin diteruskan semula.Panel Majlis Keselamatan PBB yang bertanggungjawab menerima anggota baru mengadakan pertemuan Jumaat lalu buat kali pertama mengenai permohonan Palestin untuk menyertai badan dunia itu ketika wilayah berkenaan melobi anggota majlis untuk mendapatkan sokongan.Dalam perkembangan lain, perunding kanan Palestin, Nabil Shaath, menyifatkan bekas Perdana Menteri Britain, Tony Blair tidak berguna kerana bercakap seolah-olah dia adalah diplomat Israel ketika menyatakan usaha mengadakan semula rundingan damai itu terlalu samar.Shaath berkata, ketika PA masih belum bertanya mengenai empat pihak yang menjadi orang tengah rundingan itu iaitu Amerika, Kesatuan Eropah, Russia dan PBB, untuk menggantikannya,  jelas Blair tidak lagi memihak kepada Palestin.Katanya, ketika kenyataan empat pihak itu yang dikeluarkan Jumaat lalu, bertujuan melancarkan semula rundingan secara Palestin dan Israel, mempunyai banyak kelemahan.“Jika keempat-empat pihak dibiarkan membuat tafsiran sendiri, ia mungkin mengambil masa sehingga 20 tahun untuk berunding. Mereka  perlu  lebih tegas, menghentikan pembinaan penempatan, hentikan keganasan dan menerima syarat,” katanya. – Agensi

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 11:03 AM GMT+8 , Processed in 0.046075 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list