CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 175|Reply: 0

Naik pentas, sakit hilang

[Copy link]
Post time 3-10-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Latiff bakal muncul bersama album baru selepas tiga dekad\rHAKIKAT dirinya sudah mencecah usia emas sedikit pun tidak menghalang penyanyi dan pelakon veteran, Latiff Ibrahim, untuk terus kekal aktif dalam bidang seni. Walaupun ada ketika faktor kesihatan memperlahankan rentak, namun demi cintanya pada seni, perkataan bersara daripada bidang yang cukup disayangi tidak terpacul di bibirnya.\r\n\n\n\n\rSelepas empat dekad menerokai dunia terbabit, langkahnya digagahi juga menggunakan segala kudrat yang ada. Maka, kelunakan suara yang dapat dinikmati sejak era 70-an terus dapat didengar apabila lelaki ini menaiki pentas. Siapa yang tidak kenal suara merdunya tatkala mengalunkan lagu Nora. Mereka yang membesar bersama lagunya tentu tidak lupa.\r\r\n\n\n\n\nNamun, faktor kesihatan nyata membataskan langkah Latiff dalam lakonan, pada ketika dia terus giat mengadakan persembahan di pentas nyanyian. Dengan hasrat untuk terus berkongsi bakat yang dimiliki, Latiff bakal kembali dengan album terbaru, bergandingan dengan Datuk Ahmad Nawab.\r“Saya akan masuk studio untuk proses rakaman pada bulan depan (Oktober) dan dalam album itu nanti, akan dimuatkan beberapa lagu baru di samping lagu lama yang digubah semula.\r“Idea ini timbul atas permintaan sebuah syarikat penerbitan yang meminati lagu saya dan Ahmad Nawab. Jadi ini juga menjadi peluang untuk saya terus berada dalam bidang seni suara,” jelasnya.\rSetelah lebih 30 tahun tidak menghasilkan album, buah tangan terbaru Latiff yang memuatkan 10 lagu itu diharap dapat mengamit kembali nostalgia buat peminatnya. Selain lagu popular Sabar Menanti, lagu ciptaan Ahmad Nawab yang pernah dipopularkan dulu turut dimuatkan dalam album berkenaan.\r\n\n\n\n\r“Ramai artis seperti Baggio menyanyi kembali lagu malar segar macam itu. Jadi pada saya, lagu sebegini masih mendapat tempat di hati peminat,\"爇atanya yang berkeyakinan penyanyi era terdahulu masih mempunyai pengikut mereka sendiri.\rMengakui generasi muda kini turut meminati lagu malar segar, faktor itu turut mendorong Latiff terus aktif dalam bidang nyanyian, bersama karya terbaru.\rMemiliki semangat seni yang masih tegar, Latiff sering menerima undangan nyanyian di majlis korporat walaupun tidak memiliki single mahupun album terbaru.\rBaginya, berada di atas pentas membuatkan dirinya melupakan sejenak mengenai kesihatan dan seolah-olah memberi semangat baru dalam dirinya.\r“Mungkin ini yang dikatakan semangat seni. Kalau kita menyukai atau mencintai sesuatu, segala masalah kita dapat lupakan, macam arwah Normadiah (seniwati), walau sakit pun dia tetap bersemangat.\r“Kecekalan dan ketabahan penyanyi dulu sukar kita lihat pada penyanyi sekarang. Kalau tengok saya sekarang, memang nampak macam sakit, tetapi kalau saya berada di atas pentas segala penyakit hilang,” katanya yang turut popular menerusi gandingan bersama Datuk Sharifah Aini.\rEnggan harapkan bantuan\rPERNAH dimasukkan ke hospital pada 1994 kerana penyakit paru-paru berair, Latiff yang ditemui pada majlis pelancaran program Inilah... baru-baru ini kelihatan agak kurang bertenaga. Dia yang baru saja keluar dari Institut Jantung Negara bulan lalu kerana tekanan darah rendah. Namun, dia masih menggagahkan diri ke majlis berkenaan.\r“Alhamdulillah, kesihatan saya kini semakin baik dan masih mampu untuk menyanyi. Cuma saya sudah tak boleh berlakon kerana berlakon memerlukan masa yang panjang di lokasi penggambaran.\r“Saya bersyukur sangat walaupun tak mampu untuk berlakon tetapi masih ada peluang untuk menyanyi. Saya sudah tidak ambil tawaran berlakon, tetapi kalau teater, saya masih mampu jayakan,” jelasnya.\rLatiff bagaimanapun enggan menerima sebarang pertolongan daripada sesiapa, mahupun persatuan seni, apabila bercerita mengenai kesihatannya.\rBaginya, selagi terdaya dia akan cuma berusaha mencari sumber pendapatan sendiri. Bukan memperkecilkan bantuan yang dihulurkan, tetapi dia berasakan ada insan lain yang lebih memerlukan.\r“Sebelum ini ada pihak tertentu yang ingin menghulurkan sumbangan, tetapi saya menolak kerana saya masih mempunyai ahli keluarga dan saudara mara. Saya tahu mereka berniat baik, namun kalau boleh saya tak harapkan sumbangan dan bukan sikap saya untuk meminta-minta,” jelasnya.\rKonsert mini 13 penyanyi popular \rSEMENTARA itu, melihat sambutan baik diterima konsert Inilah... Sharifah Aini tahun lalu mendorong produksi ZGB Media Sdn Bhd menerbitkan konsert terbabit dalam bentuk program televisyen. Program 13 episod itu mengenengahkan artis lama dan baru dalam konsert mini selama setengah jam, yang mula bersiaran pada 4 Oktober di TV1.\rMenurut Pengarah Urusannya, Zohara Gany Mhd Bathusha, program itu menampilkan 13 artis terkenal tanah air dari era 70-an sehingga sekarang.\r“Setiap artis akan menyampaikan enam ke lapan lagu mengikut keselesaan mereka. Memandangkan masa persembahan agak terhad, jadi ada antara lagu mereka dipersembahkan secara medley. Program ini juga tidak ada pengantara dan dikendalikan artis itu sendiri,” jelasnya.\rInilah... menampilkan artis seperti Datuk Khatijah Ibrahim, Latiff Ibrahim, Ning Baizura, Datuk Malik Ridzuan, Zur Eda, Uji Rashid & Hail Amir, Jay Jay, Francesca Peter, Aris Ariwatan, Adibah Noor, Zamani, Azlina & Liza Aziz dan Tomok.\rPemilihan artis dibuat berdasarkan era kegemilangan di samping lagu malar segar mereka yang menjadi pujaan ramai peminat.\rZohara yang berharap program itu mampu memperkenalkan penyanyi lama kepada generasi baru memberitahu, Inilah... dirakam pada Mac lalu, namun baru kini dapat ditayangkan.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 10:41 AM GMT+8 , Processed in 0.102599 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list