CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 117|Reply: 0

ECM Libra gagal letak dua wakil dalam E&O

[Copy link]
Post time 1-10-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
75 peratus pemegang saham tolak calon  pada AGM Ke-84HASRAT ECM Libra Financial Group meletakkan dua wakilnya dalam Lembaga Pengarah Eastern & Oriental Bhd (E&O) gagal, apabila pemegang saham syarikat hartanah yang  dikuasai Sime Darby Bhd itu menolak pencalonan dikemukakannya.\n\n\n\nPada mesyuarat agung tahunan (AGM) ke-84 E&O di Kuala Lumpur semalam, 75 peratus pemegang saham E&O mengundi menolak calon yang kemukakan oleh ECM Libra, iaitu Mahadzir Azizan dan Leong Kam Weng.\n\n\n\n\n\nNamun, lebih 90 peratus pemegang saham yang hadir pada AGM itu mengundi melantik semula Datuk Azizan Abdul Rahman sebagai pengarah dan pengerusi; Pengarah Urusannya, Datuk Terry Tham Ka Hon serta Datuk Henry Chin Poy Yu dan Vijeyaratnam V Thamotharam Pillay sebagai pengarah.AGM berkenaan  yang bermula kira-kira jam 10 pagi dan berakhir sekitar jam 4 petang dihadiri kira-kira 60 peratus pemegang saham E&O.E&O pada 14 September lalu menerima notis daripada ECM Libra untuk menamakan Mahadzir dan Kam Weng yang kedua-duanya adalah peguam sebagai Ahli Lembaga Pengarah syarikat itu.Penganalisis melihat langkah ECM Libra itu sebagai percubaannya  meraih sokongan pemegang saham minoriti E&O yang kebanyakannya tidak gembira dengan penjualan 30 peratus ekuiti syarikat itu kepada Sime Darby oleh tiga pemegang saham utamanya.\n\n\n\nPemegang saham minoriti E&O merasakan urus niaga itu sepatutnya mencetuskan tawaran pengambilalihan mandatori (MGO) untuk baki saham syarikat itu.Sime Darby muncul pemegang saham terbesar dalam E&O Ogos lalu selepas membeli 30 peratus kepentingan ekuiti syarikat itu pada harga RM2.30 sesaham daripada Ka Hon (12.2 peratus), Tan Sri Wan Azmi Wan Hamzah (9.1 peratus) dan GK Goh Holdings Ltd (9.5 peratus).Konglomerat itu yang dijangka mahu meletakkan dua atau tiga wakilnya dalam Ahli Lembaga Pengarah E&O sehingga kini belum menamakan calonnya.ECM Libra pula bulan lalu meningkatkan pegangannya dalam E&O kepada 6.3 peratus, sekali gus muncul pemegang saham kedua terbesar dalam syarikat hartanah berpangkalan di Pulau Pinang berkenaan.Timbalan Pengarah Urusan E&O, Eric Chan Kok Leong, berkata lembaga pengarah syarikat itu akan mengadakan pertemuan pertama dengan Sime Darby bulan ini bagi membincangkan kerjasama yang boleh dilaksanakan kedua-dua pihak.“Perbincangan itu akan merangkumi tiga aspek iaitu perkongsian kepakaran dan pengetahuan, cara memanfaatkan daya saing antara satu satu sama lain serta mengeksploitasi peluang ekonomi yang boleh diraih pada masa depan,” katanya pada sidang media selepas AGM itu.Kok Leong berkata, tumpuan utama syarikat itu selepas ini ialah untuk mengukuhkan jenamanya di peringkat serantau dan antarabangsa, khususnya menerusi kerjasama pemasaran yang dimeterainya dengan firma Jepun, Mitsui Fudosan Co Ltd.E&O juga, katanya dijangka mengukuhkan lagi kedudukan sebagai peserta hartanah domestik menerusi kerjasama dengan anak syarikat Khazanah Nasional Bhd dan Temasek Holdings Pte Ltd untuk membangunkan perbandaran kesihatan di Iskandar Malaysia.“Kami sedang membangunkan pelan induk pembangunan itu yang akan dihantar kepada pihak berkuasa tempatan Iskandar Malaysia awal tahun depan. Jika diluluskan, pelancaran perbandaran itu dijangka dilakukan pada akhir 2012,” katanya.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 08:26 PM GMT+8 , Processed in 0.055015 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list