CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 133|Reply: 0

MASKargo perkukuh rangkaian

[Copy link]
Post time 30-9-2011 11:05 AM | Show all posts |Read mode
Pesawat A330 boleh bawa muatan 70 tan, kapasiti penerbangan 4,000 batu nautika \rMASKargo Sdn Bhd, syarikat kargo udara milik Penerbangan Malaysia (MAS), menyasar dapat memperkukuhkan rangkaiannya ke rantau Asia, Eropah dan Australia selepas pesawat A330-200F membuat penerbangan dari Narita, Jepun ke Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP), kelmarin.\r\n\n\n\n\r    Penerbangan pesawat yang membawa muatan kargo sebanyak 20 tan itu, adalah pesawat bersaiz sederhana yang cekap dalam angkatan pesawat syarikat itu. \r   Ia mampu membawa sehingga 70 tan dengan kapasiti penerbangan sehingga 4,000 batu nautika.\r\n\n\n\n\n\rKetibaan pesawat A330 di Bahagian Kargo MASKargo di LTAPP tepat jam 7.45 malam kelmarin, disambut Naib Presiden MASKargo (Pengurusan Hasil), Jamaludin Ismail.\rJamaludin berkata, pesawat berkenaan adalah yang pertama daripada empat pesawat kargo A330-200F yang ditempah di pusat pemasangan Airbus di Toulouse, Perancis, yang diterima MASKargo pada 15 September lalu.\r“Kejayaan pesawat ini adalah langkah strategik untuk membuka pasaran Jepun ke Malaysia, sekali gus mengurangkan tempoh masa dan meningkatkan prestasi masa antara kedua negara. \r“Penggunaan pesawat yang dilengkapi enjin Pratt Whitney PW4170, dapat memperkukuhkan rangkaian ke destinasi baru seperti Osaka, Taipei, Karagandy (Kazakhstan) dan juga ke Eropah dan Australia,” katanya.\rBeliau berkata, penggunaan pesawat itu adalah perubahan dalam modul perniagaan dan operasi kerana pesawat A330 yang menjadi aset MASKargo mampu menjimatkan kos minyak berbanding pesawat kargo 747-200F susulan kenaikan harga bahan api kira-kira 35 peratus tahun lalu.\rPenerbangan menggunakan pesawat A330  berharga AS200 juta, seterusnya adalah ke Osaka pada 29 Oktober ini disusuli Taipei dan Karagandy (Kazakhstan).\r“Kami berharap dengan  tiga lagi pesawat A330 yang akan diterima pada November dan Januari depan serta April 2012 akan dapat meningkatkan pendapatan sebanyak RM200 juta pada tahun kewangan yang berakhir pada 31 Disember 2012,” katanya.\r

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 02:08 PM GMT+8 , Processed in 0.050177 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list