CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 156|Reply: 0

RM3.90 sesaham adil: PNB

[Copy link]
Post time 30-9-2011 11:05 AM | Show all posts |Read mode
Harga tawaran ambil alih ekuiti  dalam SP Setia munasabah \rPERMODALAN Nasional Bhd (PNB) menyifatkan harga tawaran RM3.90 sesaham yang dikemukakan untuk mengambilalih saham yang tidak dimilikinya dalam SP Setia Bhd  adalah adil dan munasabah.\r\n\n\n\n\r  PNB dalam kenyataannya berkata, harga tawaran itu adalah 19.8 kali nisbah harga pendapatan (PE) berbanding nisbah PE Indeks Hartanah Kuala Lumpur iaitu 9.8 kali dan ia juga 21.5 peratus lebih tinggi berbanding harga purata wajaran dagangan lima hari saham SP Setia sebelum pengumuman tawaran dibuat kelmarin.\r\r\n\n\n\n\n  Katanya, perkembangan pasaran sejak beberapa minggu yang lalu membuka peluang kepada PNB untuk menambah pegangan ekuiti dalam syarikat itu, sekali gus meningkatkan pelaburan dalam sektor hartanah dengan kos yang berpatutan.\r“Kami telah mempertimbangkan tawaran ini dari pelbagai aspek dengan mengambil kira keadaan pasaran dan kepentingan semua pihak terutama pemegang saham minoriti.\r“Kami juga bertanggungjawab untuk sentiasa menambah baik nilai untuk pemegang unit amanah PNB. Justeru, kami yakin harga tawaran RM3.90 adalah adil dan munasabah,” kata Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulannya, Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur semalam.\rHamad Kama Piah berkata, cadangan pengambilalihan itu juga adalah sejajar dengan strategi jangka panjang PNB untuk meningkatkan pelaburan dalam sektor hartanah susulan prospek sektor itu di negara ini yang kukuh serta berpotensi mencatat pertumbuhan yang memberangsangkan.\r\n\n\n\n\rBeliau berkata, pegangan strategik dalam SP Setia dapat meneguhkan lagi portfolio pelaburannya yang antara lain bertumpu kepada sektor perbankan, perladangan dan automotif.\rKatanya, PNB juga amat yakin dengan barisan pengurusan SP Setia yang berketerampilan, dinamik serta kreatif dan pihaknya akan terus bekerjasama dengan barisan pengurusan sedia ada agar dapat terus mencipta nilai bagi pemegang saham.\rSeperti yang dinyatakan dalam notis pengambilalihan kelmarin, PNB bercadang untuk mengekalkan status penyenaraian SP Setia di Bursa Malaysia.\rSementara itu, ECM Libra Investment Research melihat tawaran yang dibuat PNB itu adalah menarik terutama dalam keadaan pasaran yang tidak menentu \rkini.\rJelas bahagian penyelidikan itu, tawaran  pengambilalihan itu menilai SP Setia pada nilai ekuiti iaitu sebanyak RM6.94 bilion dan pada harga gandaan 2.1 kali nilai buku dan 19.8 kali pendapatan berdasarkan unjurannya bagi tahun kewangan 2011. \r“Berikutan tiada tawaran daripada pesaing lain, kami menasihatkan pelabur untuk menerima tawaran itu yang kami lihat ia adalah adil dan menarik,” katanya.\rTambahnya,  harga tawaran itu juga dilihat adil apabila dibandingkan kepada harga yang dibayar Sime Darby untuk mengambil alih 30 peratus kepentingan Eastern & Oriental baru-baru ini.\rSementara itu, CIMB Research dalam nota penyelidikannya berkata tawaran itu adalah positif dalam tempoh jangka pendek kerana harga itu tinggi 11 peratus berbanding harga terakhir ia didagangkan.\rHarga tawaran itu juga, katanya, akan menyediakan harga siling bagi syarikat hartanah itu dalam keadaan ketidaktentuan di pasaran saham dunia.\rBagaimanapun, kesan tawaran itu untuk jangka masa panjang adalah sangat rumit, katanya.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 01:59 PM GMT+8 , Processed in 0.120563 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list