CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 127|Reply: 0

Portfolio: FBM KLCI menokok 7.35 mata

[Copy link]
Post time 29-9-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Peniaga berhati-hati tunggu berita penyelesaian krisis hutang EropahBURSA Malaysia ditutup tinggi semalam berikutan kenaikan harga saham berwajaran tinggi.\n\n\n\n  Peniaga berkata, sentimen berhati-hati masih wujud di dalam pasaran Asia kerana   pelabur menunggu berita mengenai penyelesaian konkrit terhadap krisis hutang Eropah, khususnya di Greece.\n\n\n\n\n\n  FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menokok 7.35 mata untuk ditutup kepada 1,371.55. Ia dibuka meningkat 3.20 mata kepada 1,367.40.Indeks Kewangan meningkat 60.28 mata kepada 12,558.45, Indeks Perladangan menokok 95.80 mata kepada 6,967.92 dan Indeks Perusahaan menambah 21.56 mata kepada 2,505.53.     Indeks FBM Emas meningkat 57.16 mata kepada 9,266.91, Indeks FBM70 menokok 114.90 mata kepada 9,773.42, FBMT100 menambah 60.97 mata kepada 9,124.81 dan FBM Ace menokok 41.65 mata kepada 3,585.82.     Kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 407 kepada 304 manakala 275 kaunter tidak berubah, 500 tidak diniagakan dan 30 yang lain digantung.  \n\n\n\n   Pendapatan turun kepada 850.054 juta saham bernilai RM1.517 bilion daripada 908.813 juta saham bernilai RM1.595 bilion kelmarin.Antara saham aktif, GPRO Technologies menokok 0.5 sen kepada 14 sen, Asiaep Resources meningkat 0.5 sen kepada tujuh sen dan Ho Wah Genting naik 5.5 sen kepada 33 sen. Bagaimanapun, Ranhill tidak berubah pada harga 89.5 sen.Di kalangan saham berwajaran tinggi, Maybank meningkat 10 sen kepada RM7.97, CIMB Group menokok tujuh sen kepada RM7.01 dan Sime Darby meningkat enam sen kepada RM8.14.Bagaimanapun, Petronas Chemicals turun tujuh sen kepada RM5.48.HwangDBS Vickers Research berkata di tengah-tengah turun naik pasaran yang mendadak, FBM KLCI kemungkinan mengekalkan kenaikan 32.4 mata yang dicatatkan semalam, yang hampir memadai kerugian besar pada Isnin.     “Sungguhpun begitu, indeks penanda aras bergelut untuk meningkat ke paras halangan serta merta 1,395 pada tempoh jangka dekat,” katanya.Maybank Investment Bank berkata ekuiti global dijangka kekal turun naik kerana kebimbangan masalah zon euro dan kemelesetan ekonomi global.Jumlah dagangan di pasaran utama turun kepada 658.915 juta saham bernilai RM1.497 bilion daripada 709.218 juta saham bernilai RM1.57 bilion sebelumnya.Pendapatan di pasaran ACE meningkat kepada 142.958 juta unit bernilai RM16.225 juta daripada 140.489 juta unit bernilai RM18.224 juta pada Selasa.     Waran turun kepada 45.649 juta saham bernilai RM2.862 juta daripada 55.256 juta saham bernilai RM2.991 juta sebelum ini.     Produk pengguna mencatatkan 36.9 juta saham diniagakan di Pasaran Utama, produk perusahaan 121.1 juta, pembinaan 77.1 juta, dagang dan perkhidmatan 201.2 juta, teknologi 11.8 juta, prasarana 17.1 juta, kewangan 73.8 juta, hotel 400,000, hartanah 89.3 juta, perladangan 26.4 juta, perlombongan 36,200, REIT 2.1 juta dan tertutup/dana 31,100. –  BERNAMA     

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 08:36 PM GMT+8 , Processed in 0.046991 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list