|
NEW YORK: Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengadakan pertemuan tertutup kelmarin, untuk perbincangan buat kali pertama permohonan Palestin menjadi negara anggota.\rPertemuan itu membincangkan proses yang dijangka mengambil masa beberapa minggu. Presiden majlis itu, Duta Lubnan, Nawaf Salam, berkata badan 15 anggota itu akan mengadakan pertemuan rasmi hari ini untuk merujuk perkara berkenaan kepada jawatankuasa kemasukannya.\r\n\n\n\n\rProses sudah bermula dan kami harap Majlis Keselamatan meneliti permohonan ini. \rIni langkah yang pasti menerima tekanan boleh beberapa negara tertentu ke atas negara anggota Majlis Keselamatan tetapi kami percaya kami mempunyai ramai rakan dalam majlis ini, kata wakil Palestin ke PBB, Riyad Mansour.\r\n\n\n\n\n\rDalam tindakan dramatik Jumaat lalu, Presiden Palestin, Mahmoud Abbas, menyerahkan permohonan untuk Palestin yang merangkumi Tebing Barat dan Semenanjung Gaza menjadi negara anggota PBB dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negara di sebalik tentangan kuat Israel dan Amerika Syarikat, yang menyifatkan proses damai Asia barat cuma boleh dicapai menerusi rundingan.\rPalestin yang kini memegang status pemerhati di badan dunia itu, berkata dua dekad rundingan damai menemui jalan buntu dan langkah awal menyertai PBB bertujuan menaikkan paras diplomatik menyamai Israel, anggota penuh PBB.\rSekutu kuat Israel, Amerika berikrar menggunakan kuasa pembatal untuk menolak permohonan itu tetapi jika Palestin boleh mengumpul sembilan undi yang memihak kepadanya (bilangan yang diperlukan untuk meluluskan resolusi kecuali jika dikenakan kuasa pembatal) mereka sudah memperoleh kemenangan moral. \rJika gagal berbuat demikian, Washington perlu mengelak menggunakan kuasa veto terhadap permohonan itu, yang akan mencalit keaiban kepada hubungan diplomatik dan kemungkinan mencetuskan bantahan anti-Amerika di dunia Arab.\rCuma enam negara dalam majlis berkenaan mempunyai kuasa mengundi untuk keanggotaan Palestin. Empat negara Kesatuan Eropah dijangka sama ada mengambil sikap berkecuali atau menentang manakala Bosnia, Colombia, Gabon dan Nigeria tidak menyatakan pendirian muktamad. Reuters
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|