CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 126|Reply: 0

Banjir besar landa Manila

[Copy link]
Post time 28-9-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
16 terbunuh taufan Nesat bawa hujan, angin kencang ke FilipinaMANILA: Penduduk Manila meredah banjir separas pinggang dan sampah sarap semalam selepas taufan Nesat melanda negara itu, meragut sekurang-kurang 16 nyawa dan membawa ombak setinggi pokok palma menghentam tembok di tepi laut. \rKebanyakan kematian berlaku di ibu negara Manila yang sudah tenggelam akibat hujan monsun lebat sebelum kedatangan Taufan Nesat membawa hujan  lebat dan angin selaju 150 kilometer sejam. \r\n\n\n\n\r  Semua tempat dilanda banjir. Kami tiada tempat berlindung. Malah, motosikal saya pun penuh air, kata Ray Gonzales, antara beribu-ribu penduduk yang terperangkap akibat banjir kilat itu.\r\r\n\n\n\n\n  Ada penduduk bertindak pantas keluar dari rumah selepas dinaiki air termasuk kawasan di pinggir Manila, Marikina apabila 2,000 orang terpaksa menyelamatkan diri daripada air sungai yang melimpah ke sekolah rendah menghanyutkan haiwan kesayangan, televisyen, beg pakaian dan botol minuman. \rKita boleh ganti barang,  tetapi tidak nyawa, kata penjaga bangunan Banny Domanais yang tiba di sekolah bersama isteri dan tiga anak perempuannya.\rNesat awalnya melanda pulau utama Filipina memusnahkan kawasan pertanian dan mengakibatkan banjir, bekalan tenaga terputus dan pasaran kewangan, sekolah, pengangkutan dan pejabat kerajaan ditutup.\rAntara mangsa termasuk bayi lelaki berusia 22 bulan yang mati dalam ribut,  manakala empat lagi hilang, lapor agensi bencana.\r\n\n\n\n\rTaufan Nesat dikategori sebagai taufan tahap  tiga dengan kelajuan angin  200 kilometer sejam apabila ia melanda wilayah utara pulau Luzon, kata agensi Risiko Ribut Tropika.\rIa hilang kekuatan ketika bergerak ke barat laut menyeberangi Luzon kira-kira 20 kilometer sejam  dan pusat dijangka reda di persisiran pantai barat laut petang semalam, walaupun hujan dan angin masih melanda.\rKami belum dapat menganggarkan kemusnahan ketika ini kerana taufan terus melanda banyak wilayah, kata ketua agensi bencana alam nasional, Benito Ramos.\rKebanyakan kawasan di ibu negara Manila yang mempunyai penduduk 13 juta, terputus bekalan elektrik. Pihak berkuasa menutup sesetengah rangkaian rel sebagai langkah berjaga-jaga selepas angin kuat memutuskan bekalan tenaga dan merobohkan tiang elektrik.\rSejumlah penerbangan turut dibatalkan. Di daerah Makati, papan tanda iklan jatuh di atas dua kereta dan sebuah bas mengakibatkan kecederaan.\rIni adalah pemotongan bekalan secara sementara supaya tiada kemalangan, litar pintas kerana tiang elektrik roboh, yang mungkin berlaku litar pintas, kata Ramos.  Reuters/AP\rAngin kuat turut menumbangkan pokok dan papan iklan di jalan utama. Runtuhan menyekat laluan jalan raya di ibu negara dan wilayah dan pegawai memberi amaran yang risiko tanah runtuh daripada hujan lebay di kawasan pergunungan.  Reuters/ AP

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 05:45 PM GMT+8 , Processed in 0.295062 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list