View: 179|Reply: 0
|
Perubatan Islam jadi pilihan
[Copy link]
|
|
JAKARTA: Aliran perubatan secara Islam kini semakin meningkat di Indonesia apabila umat Islam beralih daripada perubatan Barat. \rMalah, kosmetik dan peralatan dandanan Barat sering dikaitkan dengan bahan tidak dibenarkan seperti insulin dan ubat yang diperbuat daripada babi selain pihak fundamentalis sering mendakwa Barat cuba meracuni umat Islam menggunakan perubatan moden.\r\n\n\n\n\rSeorang suri rumah berusia 47 tahun yang baru-baru ini menggunakan rawatan Islam untuk mengubati penyakit misterinya berkata dia berasa lebih sihat.\r\r\n\n\n\n\nSuri rumah berkenaan, Suratmi, 47, yang menderita ketumbuhan di ovari berkata, selepas mencuba beberapa rawatan campuran herba yang diperkenalkan di klinik di Jakarta itu dia berasa lebih sihat.\rSaya dengar ramai yang pulih, jadi saya berharap Allah dapat membantu saya. Saya mengikuti jalan-Nya di sini, kat Suratmi.\rDi Indonesia, rawatan berasaskan Islam mula mendapat tempat selepas kerajaan mengadakan kempen pada 2009, kata Brury Machendra yang juga pemilik Klinik Herba Insani di Jakarta, tempat Suratmi dan lebih 400 pesakit mendapatkan rawatan setiap bulan. AP
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|