View: 136|Reply: 0
|
Kubur besar mangsa Gaddafi
[Copy link]
|
|
Tulang milik 1,200 tahanan ditemui di luar tembok penjara Abu SalimTRIPOLI: Pihak berkuasa Libya mengumumkan kelmarin bahawa mereka menemui sebuah kubur besar dipercayai mengandungi mayat kira-kira 1,200 tahanan di luar tembok penjara Abu Salim di sini, tempat pemimpin yang disingkirkan Muammar Gaddafi dipercayai mengurung dan menyiksa penentangnya.\rJurucakap tentera, Khalid al-Sherif dalam satu sidang media berkata, tulang yang terikat dengan tali dan serpihan tengkorak berselerak di kawasan padang pasir itu adalah bukti ngeri membabitkan satu pembunuhan beramai-ramai pada 1996 ke atas lebih 1,200 tahanan rejim Gaddafi.\r\n\n\n\n\rPenggalian masih belum dimulakan, namun beberapa serpihan tulang dan kepingan pakaian sudah ditemui di bahagian permukaan tanah, katanya.\r\r\n\n\n\n\nAl-Sherif berkata tulang terbabit mungkin menjadi sebahagian bukti paling mengejutkan mengenai kekejaman pemerintahan Gaddafi selama hampir 42 tahun dan membenarkan saudara mara mangsa mengetahui kebenaran mengenai nasib mereka selepas bertahun dihalang rejim.\rIa juga menjadi simbol menggambarkan betapa pentingnya revolusi Libya yang tercetus pertengahan Februari lalu di bandar Benghazi bagi menuntut pembebasan seorang peguam terkenal mewakili keluarga tahanan yang dibunuh.\rKami menemui kebenaran yang dinanti rakyat Libya selama beberapa tahun dan ia adalah mayat dan tulang mangsa pembunuhan beramai-ramai tahanan di penjara Abu Salim, katanya.\rTentera dan saudara mara mangsa mengayak pasir ketika mengunjungi tapak penemuan itu. Sehelai seluar dan serpihan lain yang ditemui ditunjukkan kepada anggota media yang dibawa ke tapak. Satu tulang dililit tali di sekelilingnya, kemungkinan salah seorang tahanan turut ditemui.\r\n\n\n\n\rSekumpulan bekas pemberontak yang berada di kubur besar itu melaungkan Allahu Akbar ketika saudara mara berhimpun di kawasan itu.\rAl-Sherif dan anggota sebuah jawatankuasa ditugaskan mencari kubur besar itu, berkata mereka yakin padang itu mengandungi mayat mangsa pembunuhan beramai-ramai tahanan berdasarkan maklumat daripada saksi termasuk bekas pengawal keselamatan yang ditahan dalam pertempuran menentang pemimpin kuku besi itu.\rGaddafi berada dalam persembunyian sejak tentera revolusi menggempur Turkii akhir Ogos lalu, walaupun penyokongnya terus berperang di beberapa bahagian negara itu. Beliau, seorang anak lelakinya dan ketua perisikan berdepan dakwaan jenayah kemanusiaan berikutan tindakan berdarah rejim menghapuskan bantahan antikerajaan tahun ini.\rPembunuhan beramai-ramai Jun 1996 berlaku selepas tahanan merusuh dan membantah layanan ke atas mereka. Pengawal memberi reaksi balas dengan melepaskan tembakan ke arah mereka. Al-Sherif berkata pihak berkuasa percaya mayat itu disimpan di dalam penjara sebelum dikebumikan pada 2000.\rIsu pembunuhan menjadi tumpuan utama penentang Gaddafi. Kebanyakannya adalah tahanan politik, termasuk ulama dan pelajar berani bersuara menentangnya. AP\r
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|