|
KAHERAH: Sebuah mahkamah Mesir yang mengendalikan perbicaraan Bekas Presiden Hosni Mubarak memutuskan untuk menangguhkan sesi perbicaraan sehingga 30 Oktober selepas peguam secara rasmi meminta hakim digantikan selepas dituduh berat sebelah.\rPeguam plaintif mewakili keluarga penunjuk perasaan yang terkorban ketika kebangkitan popular ke atas Mubarak awal tahun ini menuduh mahkamah tidak memberi mereka masa mencukupi menyoal Ketua Majlis Pemerintah Tentera Mesir, Hussain Tantawi, ketika memberi keterangan dalam satu sesi tertutup.\r\n\n\n\n\rSebuah lagi mahkamah dijangka menentukan permohonan peguam hari ini. Jika ia menerima permohonan itu, mahkamah akan melantik sepasukan hakim baru bagi menguruskan perbicaraan sejak mula. Perbicaraan bermula 3 Ogos lalu di tengah perhatian besar-besaran orang awam dan media.\r\r\n\n\n\n\nMubarak didakwa mengarahkan penunjuk perasaan dan rasuah dibunuh. Tantawi yang berkhidmat sebagai Menteri Pertahanan di bawah Mubarak sehingga penyingkirannya dalam pemberontakan popular Februari tahun ini, pada awalnya memberi keterangan, dua minggu lalu.\rDia dan penyandang ketua Turus Tentera Mesir, Samy Anan, gagal muncul dalam apa yang digambarkan media rasmi sebagai alasan keselamatan berikutan serangan ganas ke atas kedutaan Israel di sini.\rTantawi dan Anan diminta memberi keterangan secara tertutup mengikut arahan mahkamah bagi melindungi keselamatan nasional.\rKetika kemuncak kemunculannya, Tantawi berkata beliau akan hadir di mahkamah bagi menegakkan kedaulatan undang-undang.\r\n\n\n\n\rMengikut peraturannya, tentera perlu hadir di hadapan mahkamah tentera saja, Tantawi dipetik oleh Agensi Berita Asia Barat sebagai berkata.\rTetapi, saya memutuskan untuk pergi ke mahkamah jenayah awam untuk memberi keterangan saya bagi menegakkan kedaulatan undang-undang yang sepatutnya satu ruang kukuh buat Mesir selepas 25 Januari, katanya, merujuk kepada hari ketika pemberontakan anti-Mubarak bermula.\rMubarak, Bekas Menteri Dalam Negeri Habib Al Adly dan enam anggota polis kanan didakwa dengan pembabitan dalam pembunuhan sekurang-kurangnya 846 penunjuk perasaan ketika pemberontakan.\rTurut dibicarakan sama adalah dua anak lelaki Mubarak, Alaa dan Jamal, yang dituduh melakukan rasuah.\rBagaimanapun semua defendan mengaku tidak bersalah. Mahkamah itu, didirikan di sebuah Akademi Polis di pinggir ibu kota ini, mengarahkan satu sekatan media supaya tidak membocorkan maklumat keterangan yang diberi secara tertutup. Agensi\r
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|