|
Penyerang bunuh diri maut, letupan kedengaran sejauh 500 meterJAKARTA: Penyerang bunuh diri melakukan serangan terhadap sebuah gereja di Solo. Jawa Tengah menyebabkan kematiannya manakala 20 lagi termasuk seorang kanak-kanak cedera.\rJurucakap polis Jawa Tengah, Djihartono berkata dalam siaran radio ElShinta: Saya mengesahkan ada serangan bom bunuh diri di Gereja Bethel Injil jam 10.55 pagi.\r\n\n\n\n\r Pengebom terbunuh dalam letupan itu, katanya. Seorang saksi, juga disiarkan radio tempatan, berkata empat orang terbunuh dalam letupan dan beberapa yang lain cedera.\r\r\n\n\n\n\n Penyerang berjalan kira-kira empat meter di belakang saya, kata Abraham, seorang saksi gereja kepada radio El Shinta. Laporan Associated Press menyebut sekurang-kurangnya 20 orang cedera dalam kejadian itu.\rRadio El Shinta memetik polis dan saksi berkata bom itu meletup sejurus selepas selesai upacara di gereja Kepunton di bandar Solo.\rDjihartono, memberitahu MetroTV bahawa letupan itu yang merosakkan sebahagian gereja, didengar sejauh 500 meter dari gereja terbabit.\rMayat mangsa, dipercayai pengebom bunuh diri, dilihat di pintu masuk gereja, kata Djihartono.\r\n\n\n\n\rBambang Sumartono, seorang pegawai di hospital Dr Oen, berkata 20 orang termasuk seorang kanak-kanak, dirawat di hospital, ramai mengalami cedera ringan.\rSementara itu, Menteri Hal Ehwal Agama, Suryadharma Ali mengutuk keras pengeboman bunuh diri di gereja berkenaan dan menggesa polis menyiasat serangan itu.\rBercakap dalam satu majlis perasmian untuk pegawai Parti Pembangunan Bersatu, Suryadharma mengumumkan beliau baru saja menerima berita mengenai serangan maut itu yang dipercayai meragut empat nyawa, termasuk pengebom.\rPada jam 11 pagi ada satu pengeboman bunuh diri berlaku di sebuah gereja di Solo. Beberapa orang maut namun ia tidak pasti kerana penduduk diarahkan keluar, katanya.\rBeliau menambah, pihaknya mengutuk keras keganasan itu, menyatakan pendiriannya menentang mana-mana bentuk keganasan atau pengganas agama.\rKatanya beliau menjangka polis menyiasat segera serangan dan mendakwa mana-mana mereka yang bersubahat bekerja dengan pengebom.\rIndonesia, yang mempunyai ramai penduduk Islam berbanding mana-mana negara di dunia, berjuang menentang pengganas sejak 2002 apabila militan dikaitkan al-Qaeda menyerang dua kelab malam di pulau Bali, mengorbankan 202 orang, kebanyakannya rakyat asing. AFP/AP/Agensi
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|