CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 103|Reply: 0

Menteri ASEAN jalin kerjasama wujud AIF

[Copy link]
Post time 26-9-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
MENTERI Kewangan ASEAN semalam memeterai perjanjian bagi mewujudkan Dana Infrastruktur ASEAN (AIF) inovatif yang menjanjikan untuk mempercepatkan integrasi ekonomi serantau, sekali gus mempersiapkan pelaksanaan Komuniti Ekonomi Serantau menjelang 2015.\rMalaysia, penyumbang AIF terbesar ASEAN sebanyak AS$150 juta, akan menjadi pemegang saham utama dalam inisiatif ASEAN yang bersejarah itu yang akan membiayai projek infrastruktur utama di seluruh rantau ini.\r\n\n\n\n\r  Malaysia juga mempengerusikan satu siri Mesyuarat Pasukan Petugas Peringkat Tinggi sejak Julai 2010 bagi mewujudkan AIF itu, kata Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah kepada BERNAMA selepas majlis pemeteraian perjanjian itu di Washington.\r\r\n\n\n\n\n  AIF, yang akan berpangkalan di Malaysia sebagai sebuah syarikat tanggungan terhad, akan membantu menzahirkan Pelan Induk Hubungan ASEAN, katanya.\rAIF ditubuhkan dengan sumbangan ekuiti awal AS$485.2 juta, yang mana AS$335.2 juta akan disumbang sembilan negara anggota ASEAN.\rSelepas Malaysia, Indonesia adalah penyumbang ASEAN kedua terbesar sebanyak AS$120 juta, dengan baki AS$150 juta disediakan Bank Pembangunan Asia (ADB).\rMyanmar akan mengambil bahagian di dalam AIF mulai tahun depan dan merancang menyumbang A$100,000, kata Ahmad Husni.\r\n\n\n\n\rKomitmen pinjaman keseluruhan AIF sehingga 2020 dijangka berjumlah kira-kira AS$4 bilion.\rDengan unjuran 70 peratus pembiayaan bersama oleh ADB, ia dijangka menyandarkan pembiayaan infrastruktur lebih AS$13 bilion menjelang 2020.\rNegara ASEAN memiliki rizab asing yang besar tetapi sebahagian besar dana itu dilaburkan di luar ASEAN, dan di luar Asia, kata Presiden ADB Haruhiko Kuroda.\rDengan mewujudkan AIF, ASEAN mengorak langkah utama bagi melabur lebih banyak sumbernya terhadap keperluan pembangunannya sendiri, katanya.\rADB akan mentadbir AIF dan akan memastikan keselamatan dan daya majunya menjadi sebahagian daripada projek yang dibiayai.\rSatu ciri AIF ialah ia akan menerbitkan hutang yang disasarkan dengan bank pusat di rantau ini yang memiliki rizab pertukaran asing yang besar.\rSetiausaha Agung ASEAN, Surin Pitsuwan, berkata dengan negara ASEAN memegang rizab lebih AS$700 bilion, AIF menawarkan peluang mengumpulkan sumber di rantau ini bagi keperluan infrastrukturnya yang semakin berkembang.\rBagi tempoh sedekad akan datang, ekonomi ASEAN akan memerlukan kira-kira AS$60 bilion setahun bagi menangani sepenuhnya keperluan infrastruktur rantau ini.\rBerasaskan perkapita, negara di rantau ini hanya memiliki sebahagian kecil daripada jalan raya dan kereta api yang terdapat di negara OECD yang maju dan liputan elektrik yang rendah dan air yang bersih.\rAIF akan membantu menjalinkan hubungan keperluan jalan raya, kereta api dan tenaga di rantau ini bagi mewujudkan taraf hidup lebih baik rakyatnya dan menjadikan Pelan Induk Hubungan satu kenyataan, kata Ahmad Husni.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 08:35 PM GMT+8 , Processed in 0.037682 second(s), 10 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list