CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 115|Reply: 0

Ahmadinejad gelar AS, Eropah penjajah angkuh

[Copy link]
Post time 24-9-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
NEW YORK: Diplomat Amerika Syarikat dan delegasi 30 negara lain bertindak keluar dewan Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) selepas Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad menyifatkan kuasa besar itu dan sekutunya di  Eropah Barat  sebagai kuasa angkuh yang tamak dan suka campur tangan ketenteraan di negara lain.\rLangkah dua diplomat Amerika yang pakar dalam Asia Barat diikuti perwakilan lain daripada lebih 30 negara termasuk Kesatuan Eropah (EU), Australia, New Zealand, Somalia, Liechtenstein, Monaco, San Marino dan Macedonia. Israel turut memboikot ucapan terbabit.\r\n\n\n\n\r   Ucapan berapi-api Ahmadinejad yang anti-Amerika dan anti-Israel perkara biasa dalam  UNGA.\r\r\n\n\n\n\n   Beliau mengecam Amerika dan kuasa besar Eropah kerana menculik berjuta-juta rakyat Afrika dan menjadikan mereka hamba, menggugurkan beribu-ribu butir bom di negara lain dan menguasai Majlis Keselamatan PBB. \rBeliau juga mengutuk Amerika kerana menggunakan bom nuklear terhadap Jepun dalam Perang Dunia Kedua dan melaksanakan dan menyokong pemerintahan diktator tentera dan rejim kuku besi di Asia, Afrika dan Amerika Latin.\rKetua hamba dan kuasa penjajah yang sama menghasut dua perang dunia mencetuskan kesengsaraan besar dan huru-hara di seluruh dunia.\rAdakah kuasa angkuh ini benar-benar mempunyai kecekapan dan keupayaan untuk memerintah dunia, sindir Ahmadinejad.\r\n\n\n\n\rBeliau menjawab soalan itu dengan menggesa perkongsian dan pengurusan bersama dunia untuk menamatkan masalah pada masa ini termasuk diskriminasi seluruh dunia.\rTahun lalu beliau berkata, masa depan adalah milik Iran dan mencabar Amerika Syarikat untuk menerima hakikat bahawa negaranya ada peranan penting di dunia.\rTahun lalu, Ahmadinejad turut menyebabkan perwakilan Amerika, EU dan beberapa lagi keluar dewan apabila berkata majoriti penduduk di Amerika dan seluruh dunia percaya  kerajaan Amerika sendiri melakukan serangan 11 September 2011 (9/11) dalam usaha untuk memastikan keselamatan Israel.\rAhmadinejad turut menyalahkan Amerika sebagai kuasa di sebalik sekatan Majlis Keselamatan PBB terhadap Iran berikutan keengganan Tehran menangguhkan pengkayaan uranium.  AP

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 11:12 AM GMT+8 , Processed in 0.037294 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list