CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 117|Reply: 0

Abbas kemuka permohonan

[Copy link]
Post time 24-9-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Palestin serah dokumen jadi ahli PBB kepada Setiausaha AgungNEW YORK: Presiden Palestin, Mahmoud Abbas, semalam memohon Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengiktiraf negaranya meskipun Israel terus menjajah wilayahnya dan Amerika Syarikat pula berikrar menggunakan kuasa veto terhadap langkah berkenaan.\rAbbas, 76, menyerahkan permohonan rasmi itu kepada Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon, dalam pertemuan yang dijadualkan pada 11.35 pagi waktu tempatan semalam untuk diputuskan selepas ini oleh Majlis Keselamatan, kata duta Palestin ke badan dunia, Riyad Mansour.\r\n\n\n\n\rLangkahnya itu menunjukkan pihak Palestin sudah hilang kepercayaan terhadap proses damai anjuran Amerika sejak 20 tahun lalu yang tidak pernah membawa kemajuan.\r\r\n\n\n\n\nSebaliknya, pemimpin Palestin melihat Israel yang juga sekutu Amerika memperluaskan kawasan penempatan Yahudi dengan lebih besar dan pantas dalam tempoh itu yang meliputi tanah untuk membina negara Palestin.\rPerkara itu mengurangkan lagi pengaruh Washington di rantau yang digegarkan oleh kebangkitan penduduknya sekali gus menyebabkan Israel semakin terpencil akibat pendirian pemerintah baru.\rAbbas akan berucap di Perhimpunan Agung PBB (UNGA) sebelum meninggalkan New York dan pulang ke wilayah Palestin untuk mengadakan rundingan mengenai langkah seterusnya.\rPerdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu yang pada saat akhir baru mahu meminta Abbas bersemuka dengannya di New York, juga akan berucap di UNGA.\r\n\n\n\n\rPermintaan Palestin itu kemudian akan dibentangkan kepada anggota Majlis Keselamatan. Ia memerlukan sokongan sembilan daripada 15 anggotanya. Amerika sudah menyatakan kesediaan menggunakan kuasa veto terhadap usul itu.\rPenasihat diplomatik Abbas, Majdi al-Khaldi pula berkata, perunding Palestin percaya mereka akan memperoleh undi diperlukan.\rTetapi, beliau juga mendedahkan: Tiga anggota badan itu kini menghadapi tekanan Amerika iaitu Bosnia, Gabon dan Nigeria.    Presiden Perancis, Nicolas Sarkozy mencadangkan pemimpin Palestin diberi status sementara pemerhati bukan anggota dan jadual rundingan baru mengenai keahlian penuh dalam tempoh setahun.\rPresiden Kesatuan Eropah (EU), Herman Van Rompuy, pula menggesa pemimpin Israel dan Palestin menyambung rundingan ketika memberi ucapan di PBB.  Reuters/AFP

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 10:32 AM GMT+8 , Processed in 0.054708 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list