CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 216|Reply: 0

Dividen AS1M 6.50 sen seunit

[Copy link]
Post time 23-9-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
AMANAH SAHAM Nasional Bhd (ASNB) mengumumkan pengagihan pendapatan 6.50 sen seunit kepada 270,598 pemegang unit Amanah Saham 1Malaysia (AS1M) bagi tahun kewangan berakhir 30 September 2011.\rPengerusi Permodalan Nasional Bhd (PNB), Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid, berkata  ia adalah peningkatan 0.12 sen seunit berbanding 6.38 sen seunit tahun lalu dan membabitkan pembayaran berjumlah RM311.27 juta, peningkatan 53.32 peratus daripada RM203.02 juta.\r\n\n\n\n\r  \"Pengagihan pendapatan ini akan dikreditkan terus ke dalam akaun pelaburan pemegang unit pada 1 Oktober ini,\" katanya ketika mengumumkan pengagihan pendapatan AS1M itu di Kuala Lumpur, semalam. \r\r\n\n\n\n\n  Hadir sama, Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan PNB, Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman.\rAhmad Sarji berkata, walaupun berdepan keadaan ekonomi tidak menentu, PNB masih dapat mengekalkan strategi portfolionya.\rKatanya, sehingga 20 September 2011, tabung AS1M memperoleh pendapatan kasar berjumlah RM405.67 juta dengan keuntungan jualan saham menyum-bang sebanyak RM205.99 juta atau 50.78 peratus.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 09:03 PM GMT+8 , Processed in 0.088605 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list