View: 195|Reply: 0
|
Jawablah!: Bukan cinta lokasi
[Copy link]
|
|
Serius bercinta, sedia melamar Miera\rSEJAK tersiarnya kisah pengakuan cinta mereka, banyak maklum balas yang diterima daripada khalayak. Ada yang suka, tak kurang juga yang mencebik sebagai tanda kurang senang. \r\n\n\n\n\rMacam susah bagi sesetengah peminat dunia hiburan menerima hakikat bahawa pelakon muda yang semakin meningkat, Shahz Jaszle mengaku memang bercinta dengan bintang muda sensasi, Miera Liyana. Mungkin sudah kerap kena gosip bercinta membuatkan ramai yang menganggap keintiman pasangan itu tidak ubah seperti cinta lokasi.\r\r\n\n\n\n\nApatah lagi, Shahz sendiri sebelum ini pernah dikaitkan Maria Farida dan Neelofa. Mengulas dakwaan cinta lokasi, Shahz berkata dalam hidupnya tidak pernah wujud perkataan ‘cinta lokasi’. Betulkah apa yang dikatakan jejaka ini?\rHip: Apa komen Shahz Jaszle apabila sering dikaitkan dengan cinta lokasi?\rShahz Jaszle (Shahz): Saya tidak pernah menganggap yang hubungan saya dengan teman wanita sebagai cinta lokasi. Hanya ada dua wanita saja yang saya mengaku ada hubungan istimewa dengan mereka dan kami pernah berlakon sama iaitu Maria Farida dan Miera Liyana. Dengan Neelofa, kami tak bercinta. Sebaliknya gosip saja. Pada saya, apabila tiba masanya jatuh cinta, saya akan serius dan mengharapkan percintaan itu kekal sehingga berumah tangga.\rHip: Ada yang menganggap pengakuan cinta kamu bersama Miera adalah gimik untuk filem Rentaz. \r\n\n\n\n\rShahz: Orang boleh berkata apa saja. Saya tidak kisah dan memang sudah bersedia dengan segala komen yang akan timbul selepas ini. Saya mencintai Miera dengan ikhlas. Saya sudah bersedia untuk mendirikan rumah tangga. Malah sejak berkawan dengan Maria dulu, saya memang sudah bersedia bergelar suami. Mungkin orang melihat saya masih muda dan terlalu awal untuk mendirikan rumah tangga. Saya memang seorang yang suka hidup berkeluarga. \rHip: Tak bimbang bercinta sesama artis? \rShahz: Saya sedar perkara itu dan sudah bersedia dengan apa juga kemungkinan yang berlaku. Sebelum ini pun banyak cerita kurang baik apabila bercinta sesama artis. Jadi saya sudah biasa dengan situasi itu. Disebabkan itulah kalau boleh saya mahu kahwin awal. Saya tahu ramai yang tertanya-tanya kenapa memilih Miera. Selain sudah mengenali sejak di bangku sekolah lagi, dia juga matang. Mungkin dari segi usia, dia muda tapi pemikirannya melangkau jauh bagai orang dewasa. Apa yang penting kami serasi serta kedua orang tua kami merestui perhubungan kami.\rHip: Adakah pengakuan bercinta ini sebagai satu cara untuk menutup mulut mereka yang mengatakan anda adalah seorang playboy?\rShahz: Pengakuan ini tidak ada kena mengena dengan cakap orang. Memang kami bercinta dan saya umumkan perkara ini pun kerana tak mahu masyarakat membuat pelbagai spekulasi yang tidak benar mengenai saya. Cukuplah dengan segala cerita kurang manis sebelum ini. Seperti yang saya katakan sebelum ini, saya bukanlah insan yang mudah jatuh cinta atau gemar mempermainkan perasaan orang lain seperti yang didakwa.\rHip: Jadi bilakah masa yang sesuai untuk melamar?\rShahz: Mungkin selepas mendapat apa yang saya hajati, barulah saya rasa itu adalah masa yang sesuai untuk kami mendirikan rumah tangga. Kalau boleh memang nak cepat.
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|