View: 246|Reply: 0
|
Dengarnya...: Rahmat selepas tunai umrah
[Copy link]
|
|
CIK Normah gembira mendengar lepas seorang demi seorang artis menunaikan umrah. \rBaguslah, apabila sudah dimurahkan rezeki dengan mempunyai duit yang banyak itu, daripada digunakan tidak tentu hala, lebih baik digunakan untuk beribadah\rBerbalik kepada cerita artis menunaikan umrah ini, Cik Normah teringat kisah disampaikan teman Cik Normah mengenai seorang artis ini. Katanya, ada seorang artis ini dikatakan menunaikan umrah setelah mengalami penyakit pelik.\r\n\n\n\n\rPelik tidaklah pelik sangat, cuma kononnya hampir tiga bulan juga suara si artis tidak keluar. Sedangkan suara adalah asetnya mencari makan, akibat kejadian pelik itu, si artis ini pun mengambil keputusan untuk menunaikan umrah bersama pasangannya.\r\r\n\n\n\n\nCik Normah kurang pasti sama ada cerita ini sahih atau tidak, tapi kalau tiada angin, masakan pokok bergoyang. Cik Normah sendiri pun dah lama tidak berjumpa dengan penyanyi berkenaan, maklumlah sekarang ini dia pun tak berapa aktif macam dulu.\rKalau dia masih aktif dan ligat buat persembahan sana- sini, mungkin boleh Cik Normah memerhatikan gerak-geri dia. Masalahnya sekarang teman-teman media Cik Normah pun sudah macam tak berapa berminat nak ambil tahu sangat mengenai kisah artis ini.\rBagaimanapun, pemergian penyanyi berkenaan ternyata tidak sia-sia apabila dia mendapat kembali aset pentingnya itu. \rAlhamdulillah, Cik Normah turut tumpang gembira mendengar perkhabaran berkenaan. Malah penyanyi berkenaan turut mendapat kegembiraan berganda sebaik pulang dari Tanah Suci. Selepas menerima petunjuk dan kebaikan daripada mengerjakan umrah, artis berkenaan tidak lagi mengulangi kesilapan lalu.
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|