CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 131|Reply: 0

Pusat alga terbesar di Rompin

[Copy link]
Post time 20-9-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Projek bernilai RM1.2 bilion dibangunkan untuk hasilkan  biodiesel\rPAHANG Biodiesel Corporation Sdn Bhd, bakal memajukan pusat pengeluaran alga terbesar dunia di Rompin, Pahang membabitkan pelaburan RM1.2 bilion.\r\n\n\n\n\r  Kemudahan di tapak seluas kira-kira 2,023 hektar dan dikenali Pusat Integrasi Alga Malaysia (MIAV) itu akan meletakkan Malaysia sebagai antara pengeluar bahan api bio berasaskan alga utama di dunia apabila ia beroperasi pada awal 2013.\r\r\n\n\n\n\n  Ketua Bahagian Perancangan Korporat Pahang Biodiesel, Hashim Zainuddin, berkata MIAV akan dibangunkan bagi pengeluaran alga secara besar-besaran untuk penghasilan biodiesel serta produk berkaitan alga lain seperti produk makanan kesihatan dan produk bernilai tinggi.\rKatanya, kelulusan kerajaan negeri bagi projek itu sudah diperoleh dan pihaknya sedang menyediakan pelan induknya sebelum memulakan pembangunan kawasan terbabit yang dijangka dimulakan selewat-lewatnya suku pertama tahun depan.\r“Pembangunannya bagi meraih sebahagian pasaran produk berasaskan bio global yang tahun lalu saja dianggarkan bernilai AS$125 bilion. Nilainya dijangka terus meningkat berdasarkan potensi alga sebagai bahan api bio.\r“Bagi menjayakannya, kami bekerjasama dengan Algaetech International Sdn Bhd untuk mendapatkan kepakaran berkaitan penyelidikan alga dan teknologi penghasilannya,” katanya pada sidang media selepas memeterai memorandum kerjasama dengan Algaetech di Kuala Lumpur, semalam.\r\n\n\n\n\rPada majlis itu, Pahang Biodiesel diwakili Pengarahnya, Tommy Khoo, manakala Algaetech International, Ketua Eksekutif Kumpulannya, Syed Isa Syed Alwi.\rTurut berlangsung, majlis memeterai memorandum kerjasama antara Algaetech dengan BM Nagano Industries Sdn Bhd bagi menyediakan teknologi pencahayaan menggunakan LED dalam penghasilan alga.\rSementara itu, Syed Isa berkata, MIAV mampu menjana pendapatan sekitar RM100 juta setahun dalam tahun pertama operasinya.\rKatanya, mengikut perancangan, 85 peratus daripada alga dihasilkan akan digunakan untuk pengeluaran bahan api bio, manakala 15 peratus lagi produk bernilai tinggi dan makanan berasaskan kesihatan. \r“Namun, jika dilihat dari segi pendapatan yang bakal dijana kedua-dua produk ini, kami jangkakan produk bernilai tinggi dan makanan berasaskan kesihatan mampu memberikan margin lebih besar.\r“Manfaat pembangunan MIAV ini bukan hanya kepada syarikat tetapi juga negara dan kawasan setempat kerana ia akan menjana peluang pekerjaan dan potensi perniagaan yang berupaya mengubah sosioekonomi Rompin,” katanya.\rPahang Biodiesel Corporation adalah usaha sama Transturbo Industries Sdn Bhd dengan pegangan ekuiti sebanyak 70 peratus, Lembaga Kemajuan Perusahaan Pertanian (LKPP) Negeri Pahang (20 peratus) dan Almal Sdn Bhd (10 peratus).

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 01:57 PM GMT+8 , Processed in 0.533383 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list