|
RM50,000 menjadi habuan kepada mereka yang memiliki vokal terbaik \rKEMUNCULAN program realiti televisyen Vokal Bukan Sekadar Rupa dilihat bakal mencetuskan fenomena baru apabila rupa bukan lagi keutamaan dalam pencarian bakat sekali gus memperlihatkan penilaian vokal adalah lebih penting.\r\n\n\n\n\r Seperti pepatah cinta tidak mengenal rupa, begitulah perumpamaan yang boleh kita saksikan kelak apabila program itu disiarkan di TV3 setiap Ahad, jam 9 malam, bermula 16 Oktober ini.\r\r\n\n\n\n\nVokal akan menampilkan 10 peserta yang akan berentap di sembilan konsert mingguan sebelum melayakkan diri ke peringkat akhir untuk membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM50,000 dan pastinya kehadiran program seumpama ini amat dinantikan kerana berupaya membuka peluang kepada mereka yang dikurniakan bakat nyanyian luar biasa tetapi tidak mempunyai wajah komersil untuk bergelar artis.\rProduksi program ini akan mengadakan empat sesi uji bakat yang akan berlangsung di Thearette di Sri Pentas, Bandar Utama pada 24 dan 25 September, diikuti 1 dan 2 Oktober ini dari jam 10 pagi hingga 5 petang.\rPenyertaan terbuka kepada warga negara Malaysia, berumur 18 hingga 28 tahun. Calon peserta dikehendaki membawa lebih daripada satu minus one untuk menyampaikan lagu-lagu ketika uji bakat berjalan.\rSeramai 10 calon yang berjaya melepasi uji bakat akan berentap pada konsert pertama dan kedua bagi menentukan enam peserta terbaik bermula 16 Oktober.\r\n\n\n\n\rFormat pemarkahan vokal dibahagikan kepada dua bahagian iaitu 50 peratus daripada juri tetap dan 50 peratus lgi melalui undian Sistem Pesanan Ringkas (SMS).\rProgram yang bakal memberikan hadiah istimewa seperi wang tunai sebanyak RM50,000 kepada juara, RM30,000 kepada naib juara serta RM10,000 kepada pemenang ketiga ini turut menampilkan Ahmad Shaifullizam Arshad sebagai penerbit, Faizal Ismail sebagai pengacara konsert dan rutin serta Azmeer dan Erra Fazira sebagai juri tetap.\rPenerbit eksekutif program ini, Muhammad Suffian Che Ahmad berkata, antara matlamat program ini selain memberikan peluang kepada mereka yang mempunyai suara tetapi kurang daripada segi rupa adalah dengan melengkap peserta dengan latihan, bimbingan dan motivasi daripada tenaga pengajar sebagai persediaan awal untuk mengecapi kejayaan dalam dunia hiburan.\rAntara tenaga pengajar lain yang bakal menjayakan program ini adalah Faizal Uzir sebagai pengarah muzik, Adzwa sebagai penasihat vokal serta pakar motivasi terkenal Profesor Madya Md Izzuddin atau Prof Izzi.\r\"Saya tidak rasa program sebelum ini hanya mahu mereka yang cantik atau kacak. Ini dibuktikan apabila kita sudah menggilap bakat Black Mentor walaupun dia kurang dari segi rupa. Begitu juga beberapa peserta sebelum ini yang lebih mantap dari segi vokal daripada paras rupa.\r\"Ya, saya akui sebelum ini sudah menjadi persepsi sesiapa saja termasuk kami untuk mencari pakej yang lengkap iaitu cantik dan berbakat tetapi itu tidak bermaksud kami mahu yang cantik saja tanpa ada bakat.\r\"Jadi lahirnya program ini, kepada mereka yang selalu berkata mereka ada bakat dan vokal yang baik tetapi sangat merendah diri kerana tidak ada rupa, merekalah yang kami cari dalam program ini. Kita jika boleh mahu mereka yang tidak ada paras rupa tetapi ada kekuatan vokal hadir ke uji bakat ini,\" kata Mohamad Suffian pada sidang media baru-baru ini.\rJuri tetap Vokal Bukan Sekadar Rupa, Azmeer AbuBakar berkata konsep yang ditampilkan dalam program ini memberi peluang kepada mereka yang tidak kacak atau tidak cantik untuk tampil dalam dunia hiburan.\r\"Saya tidak merasakan yang terpilih untuk berada di dalam dunia hiburan adalah mereka yang terlalu sempurna. Ada yang berjaya dan menjadi seseorang walaupun rupa paras kurang sempurna seperti Broery Marantika, Hetty Kos Endang, Adibah Noor, Jaclyn Victor serta Aisyah tetapi berbakat besar dan sangat diminati kerana mempunyai karisma serta nilai seorang penghibur.\rBagi pelakon dan penyanyi, Erra Fazira pemilihannya sebagai juri dianggap sebagai sesuatu yang cukup bertuah dalam hidupnya.\r\"Ini peluang terbaik kepada saya apabila dipilih menjadi juri dan saya akan memastikan ada peningkatan daripada peserta dari minggu ke minggu selain berkongsi apa yang patut,\" katanya.
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|