View: 132|Reply: 0
|
Bursa Mingguan: Jangkaan pantulan teknikal menaik
[Copy link]
|
|
Isyarat petunjuk momentum berikutan sikap optimis hasil pemulihan pasaran global\rSAHAM di Bursa Malaysia menyusut minggu lalu susulan kebimbangan kemungkinan kerajaan Greece gagal membayar hutangnya ekoran penurunan penarafan ke atas dua bank utama Perancis yang memiliki pendedahan tinggi terhadap hutang Greek.\r\n\n\n\n\r Pasaran tempatan juga turut gagal menjejaki lantunan semula di pasaran Amerika Syarikat (AS) dan Eropah selepas Greece komited mencapai sasaran pengurangan defisit untuk melayakkan negara itu diselamatkan. \r\r\n\n\n\n\n Ia berikutan tercetusnya aktiviti jualan ke atas saham Sime Darby, sekali gus memberi tekanan kepada saham lain untuk mengakhiri dagangan yang lebih rendah pada hujung minggu lalu.\rPenanda aras mewah FTSE Bursa Malaysia Kuala Lumpur Komposit Indeks (FBM KLCI) turun 38.19 mata atau 2.6 peratus minggu lalu kepada 1,430.93, dengan Sime Darby (-79 sen), Tenaga (-28 sen), CIMB (-18 sen) dan IOI Corp (-16 sen) menyumbang lebih sedikit daripada separuh daripada kerugian indeks.\rPurata dagangan harian dan nilai pulih sedikit kepada 720.8 juta saham bernilai RM1.22 bilion berbanding 710 juta saham bernilai RM1.25 bilion minggu sebelumnya.\rPasaran dijangka bertindak balas secara positif terhadap usaha mengagumkan Perdana Menteri dalam meningkatkan kebebasan sivil selepas pengumuman bersejarah pada sambutan Hari Malaysia untuk menghapuskan undang-undang yang menindas prinsip demokrasi.\r\n\n\n\n\rPembaharuan itu diharap dilaksanakan secepat mungkin dan digantikan dengan undang-undang yang selaras dengan hak asasi dan kebebasan seperti yang dinyatakan di bawah Perlembagaan Persekutuan Malaysia seperti Perkara 10.\rDalam pada itu, lonjakan di Wall Street Jumaat lalu serta keadaan terlebih jual semasa akan menambah tekanan terhadap proses kenaikan indeks penanda aras, selepas ia kehilangan hampir 40 mata minggu lalu.\rSetakat ini, Datuk Seri Najib Razak telah menekan butang yang betul dalam penentuan untuk membawa pembaharuan sosio-ekonomi seperti yang dijanjikan beliau sebelum ini.\rMeskipun pengkritiknya dengan secara cepat mengaitkan setiap langkah pembaharuan yang dilaksanakannya itu sebagai pendekatan populis untuk meraih sokongan pilihan raya umum akan datang, namun, keputusan akan bercakap bagi pihak diri mereka sendiri.\rBagi merealisasikan keputusan itu, jentera kerajaan harus meningkatkan usaha melaksanakan langkah-langkah pertumbuhan tepat pada masanya untuk menuai hasil tuaian sebelum pilihan raya akan datang, yang dijangka diadakan tahun depan.\rKita telah membuang masa dan sumber yang mencukupi untuk meramalkan pilihan raya umum akan datang sejak pilihan raya lalu, dengan terburu-buru melaksanakan yang baru dalam persekitaran seluruh dunia yang sakit dan letih mengenai perkembangan ekonomi dan kewangan di AS dan Eropah, yang mana ia mungkin tidak baik untuk negara.\rKetidakpastian mengenai hasilnya akan menghentikan sementara pelaburan, manakala projek yang sedang dilaksanakan pula akan tertangguh, sementara apa-apa kegagalan parti pemerintah untuk memperoleh semula kerusi yang lebih akan mengaburkan prospek ekonomi.\rKrisis di Eropah masih tidak dapat diselesaikan lagi dan ternyata keadaan semasa itu akan menjadi lebih teruk dalam tempoh enam hingga sembilan bulan ini, dengan pemimpin negara kesatuan itu pula masih belum membuat keputusan mengenai langkah yang diperlukan untuk memulihkan kembali rantau ekonomi yang sedang tenat itu.\rMinggu lalu, menteri kewangan di Eropah memberi isyarat bahawa kesatuan itu tidak akan melaksanakan sebarang langkah tambahan fiskal baru dalam jangka masa terdekat ini bagi merangsang ekonominya yang sedang goyah itu.\rDengan negara terdekat kesatuan itu seperti Greece membayar faedah yang lebih tinggi bagi hutang tanpa sebarang pertambahan yang sama dalam pendapatannya, masalah semasa ini telah ditangguhkan sehingga berlakunya kejutan di masa depan.\rDi AS, petunjuk ekonomi penting bagi bulan Ogos seperti perumahan, bangunan dan permit jualan rumah yang sedia ada akan diumumkan minggu ini. \rSemua data yang akan diumumkan itu, dijangka tidak menarik dan bakal menyebabkan suasana kembali muram, sekali gus akan menyediakan lebih banyak sebab untuk Rizab Persekutuan mengekalkan kadar faedah apabila penggubal dasar bertemu Khamis ini.\rApa juga pengumuman mengejutkan mengenai pelaksanaan fasa ketiga program pelonggaran kuantitatif (QE3), akan merangsang pasaran, namun tanpa mengenal pasti ke mana wang yang baru diwujudkan itu harus mengalir, risiko pelaksanaannya tidak mempunyai kesan terhadap ekonomi, sebaliknya akan menyebabkan inflasi dan reflasi aset.\rIsyarat petunjuk momentum terlebih jualan selepas mengalami kejatuhan mendadak minggu lalu pada KLCI, membayangkan kemungkinan lebih besar bahawa wujudnya pantulan teknikal menaik awal minggu ini, disokong lagi oleh pemulihan di pasaran global lewat minggu lalu bersandarkan kepada sikap optimistik kerajaan dan bank pusat ekonomi negara maju, akan membantu melegakan itu krisis hutang Eropah.
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|