|
FELCRA Bhd yakin mampu mencapai sasaran untuk mengagihkan dividen RM850 juta pada tahun ini kepada pesertanya di seluruh negara, kata Ketua Eksekutifnya, Juzilman Basir.\rBeliau berkata, sasaran itu dijangka dapat dicapai berdasarkan peningkatan hasil di ladang kelapa sawitnya dan peningkatan harga buah kelapa sawit di pasaran pada tahun ini.\r\n\n\n\n\r “Jika hasil pengeluaran meningkat dan harga sawit menyebelahi kita di pasaran, saya yakin kita akan mencapai sasaran itu,” katanya selepas Majlis Ramah Mesra Aidilfitri Felcra Sabah di Sandakan, semalam.\r\r\n\n\n\n\n Beliau berkata, tahun lalu, sebanyak RM544 juta dividen diperoleh dan diagihkan kepada peserta, termasuk RM157 juta yang diagihkan sebelum Ramadan lalu.\rKatanya hasil pendapatan pada tahun ini, sebanyak RM244 juta dividen diagihkan kepada 94,000 pesertanya di seluruh negara.\rDaripada jumlah itu, sebanyak RM15.5 juta diagihkan kepada 3,200 pesertanya di negeri ini dengan anggaran RM7,000 hingga RM10,000 seorang. – BERNAMA
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|