|
CIK NORMAH memang tabik pada selebriti yang suka buat kebajikan. Yalah, selepas hidup senang sikit, kenalah beringat pada mereka yang kurang bernasib baik. Tak payah hulur sejuta atau dua, berilah seikhlas yang ada, pasti orang yang menerima akan berasa gembira menerimanya. \rNamun ada sepasang selebriti ini kononnya hendak ‘beramal’ jugalah. Khabarnya, dia hendak membeli jiwa seseorang dengan menghadiahkan sesuatu yang berharga. Namun si lelaki ada sedikit sifat tahi hidung masin.\r\n\n\n\n\rCik Normah diberitahu seorang rakan, si selebriti berkenaan memilih sebuah hadiah yang agak mahal juga harganya. Yalah, kalau hendak beli jiwa, kenalah yang istimewa sikit barangannya. Takkan bagi sekotak tisu atau sekaki payung pula kan? \r\r\n\n\n\n\nBagaimanapun, apabila orang kedai menghubunginya untuk menyatakan barang yang dipesan sudah sampai. Dia pun bertanyalah kepada tuan kedai itu, dapat ke potongan harga untuk barang yang diingini. Apabila si tuan kedai bagi diskaun yang mungkin tidak begitu memuaskan hatinya, selebriti itu pun maklumkan, nanti dia akan datang ke kedai untuk mengambil barang terbabit.\rTetapi setelah ditunggu-tunggu, sehingga kini batang hidung selebriti itu tidak muncul-muncul. Naik kelakar pun ada juga bila Cik Normah dengar cerita daripada kawan Cik Normah yang bertubuh seksi itu. Yalah, tak sangka pula selebriti terbabit rupa-rupanya berkira begitu sekali. Itulah, lain kali kalau takut nak keluar duit, janganlah merancang benda yang tak munasabah.\rKalau iya pun nak mengambil hati, tak perlulah sampai nak membeli barang yang harganya sama mahal dengan rumah pangsa. Bagi Cik Normah, kalau niat kita ikhlas, bagi apa saja pun orang akan tetap hargai.
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|