|
Kestabilan permintaan, pertambahan pembelian imbangi pengeluaranHARGA bagi minyak sawit mentah (MSM) negara dijangkakan tidak terjejas oleh kelembapan ekonomi global, khususnya di Amerika Syarikat dan Eropah.\n\n\n\n Sebaliknya, Pengarah Eksekutif IOI Group, Datuk Lee Yeow Chor yakin harga MSM akan kekal di atas paras RM3,100 satu tan sehingga hujung tahun ini, disokong kestabilan permintaan berikutan pertambahan pembelian dari negara pasaran baru muncul seperti Afrika Selatan.\n\n\n\n\n\n “Negara pembeli tradisi utama MSM Malaysia seperti China, India dan Pakistan turut dilihat tidak mengurangkan pembelian stok mereka, malah meneruskan pembelian semasa dan masa depan seperti biasa.“Selain itu, harga MSM yang kini adalah sekitar AS$200 lebih rendah daripada kacang soya akan turut menyumbang kepada kestabilan harga MSM,” katanya ketika diminta mengulas prospek harga MSM di luar Persidangan Ketua Eksekutif Forbes ke-11 di Kuala Lumpur, semalam.Ketika ini, China adalah negara pengimport terbesar MSM Malaysia, iaitu sekitar 3.77 juta tan atau 23.6 peratus daripada jumlah eksport MSM negara ini setahun.Sebelum ini, beberapa firma penyelidikan menyemak semula jangkaan harga MSM, dengan menurunkan tinjauan harga komoditi itu sehingga RM2,800 satu tan bagi tempoh sehingga hujung tahun ini, berikutan ketidaktentuan dalam ekonomi global dan jangkaan pengeluaran MSM yang tinggi, khususnya pada tiga bulan terakhir tahun ini.\n\n\n\nPengeluaran lebih tinggi semasa musim kemuncak MSM pada Oktober dan November ini akan mengakibatkan harga untuk suku keempat tahun ini, dijangka turun kepada RM2,800 satu tan.Namun, penganalisis ketika dihubungi bagi mengulas perkembangan semasa berkata, prestasi harga MSM negara dijangka tidak berdepan masalah kerana minyak masak akan terus menjadi sasaran negara baru muncul bagi pembelian secara besar-besaran.“Kestabilan harga MSM adalah seiring dengan kenaikan harga beras dan harga makanan lain.“Bersandarkan senario itu, ia secara tidak langsung turut membantu melonjakkan penanda aras niaga hadapan MSM,” jelasnya.Mengenai tinjauan eksport bagi MSM tahun ini, Lee berkata, berikutan kestabilan permintaan serta kesan positif daripada aktiviti menambah stok dunia terhadap komoditi itu ketika ini, nilai eksport MSM negara dijangka mencecah paras tertinggi baru tahun ini.“Saya melihat keadaan permintaan semasa terhadap produk berkaitan MSM akan membantu negara ini mencipta rekod nilai eksport baru tahun ini iaitu RM80 bilion (sekitar 18.3 juta tan),” katanya.Tahun lalu, Malaysia mencatatkan nilai eksport MSM sebanyak RM60 bilion atau 17 juta tan.
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|