CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 10522|Reply: 30

Mengapa Beliau Samun Dalam Keadaan Bogel.....

[Copy link]
Post time 13-9-2011 01:50 PM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by jazaa at 13-9-2011 13:51

Dari berita yang di paparkan, mengapa suspek bertindak menanggalkan pakaian sebelum menyamun iya.....





KUALA LUMPUR 12 Sept. - Polis memburu seorang pengawal keselamatan sebuah kondominium di Ampang Jaya yang dipercayai dapat membantu siasatan kes seorang profesor wanita warga Australia cuba disamun seorang lelaki bogel ketika mendaki Bukit Belacan baru-baru ini.  Pengawal keselamatan yang dipercayai terlibat dalam serangan tersebut kini dikatakan menghilangkan diri selepas kejadian itu.  


Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin berkata, polis sudah mengenal pasti identiti suspek dan sedang memburunya.  "Berdasarkan siasatan polis, kita percaya suspek bekerja sebagai pengawal keselamatan di sebuah kondominium di kawasan itu dan sudah biasa dengan persekitaran tempat kejadian," katanya ketika dihubungi hari ini.  Sebuah akhbar berbahasa Inggeris hari ini melaporkan, Prof. Dr. Catherine Yule, berusia lingkungan 50-an yang mengajar di sebuah kolej swasta di sini diserang seorang lelaki berbogel ketika membawa dua anjingnya mendaki bukit itu, di belakang rumahnya di Taman TAR.  Kejadian berlaku kira-kira pukul 3 petang Jumaat lalu ketika mangsa bersama seorang pembantu rumahnya yang merupakan warga Indonesia membawa dua ekor anjingnya mendaki bukit itu.

Bagaimanapun, pembantu rumah mangsa yang dikenali sebagai Ika, 35, bertindak berani menyelamatkan majikannya dan bergelut dengan suspek biarpun dia sendiri dipukul dan ditolak ke dalam lubang sedalam satu meter.  Suspek yang cuba bertindak lebih agresif bagaimanapun melarikan diri selepas memperoleh telefon bimbit Ika yang terjatuh.  Mengulas tentang motif suspek menyerang mangsa dalam keadaan bogel, Amiruddin berkata, perkara itu masih dalam siasatan pihaknya.


p/s:  Sila bagi pendapat anda mengapa suspek bertindak demikian......
Multiple Polls: ( Max 1 choices ), Total 68 Users voted
Your User group have no permission to vote

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-9-2011 01:55 PM | Show all posts
haha x sangka ghupanya ramai gak yg vote no. 2
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-9-2011 02:00 PM | Show all posts
haha x sangka ghupanya ramai gak yg vote no. 2
zaiha Post at 13-9-2011 13:55


Akak ingatkan dia buat mcm tu sbb senang nak loloskan diri zaiha....kalau orang kejar, kalau pakai baju, senang je tertangkap...
Tapi kalau tak pakai, badan kan licin....gapai-gapai....terlepas, gapai-gapai...terlepas....
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2011 02:02 PM | Show all posts
dah vote



2.  Membuat mangsa ketakutan & Tidak Berani Melawan
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2011 02:05 PM | Show all posts
memang yg terlintas dlm fikiran yang suspek nih mesti pas2 senang nak merogol...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-9-2011 02:06 PM | Show all posts
Reply 4# bbalik

TQ bbalik....
Alasan yang mantop....
Akak heran, apasal suspek buat mcm tu,
Kalau org minyak, ada gak reasonnya....(nak mencapai target supaya ilmu menjadi)....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-9-2011 02:09 PM | Show all posts
rasanya dia nak membuat lebih dari menyamun tu....
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2011 02:10 PM | Show all posts
rasanya dia nak membuat lebih dari menyamun tu....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-9-2011 02:11 PM | Show all posts
Reply 6# jazaa


    Dalam kehidupan seharian memang kita tidak boleh menduga apa yang bakal kita hadapi. Kadang-kadang tanpa dijangka kita diganggu oleh mereka yang tidak bertanggungjawab seperti pembuli, peragut, progol dan pencuri.

Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2011 02:16 PM | Show all posts
nk takutkan anjing yg dibawa  tuan nyer...
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2011 03:27 PM | Show all posts
aku nk vote suma boleh? wakakaka
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-9-2011 07:10 PM | Show all posts
nk takutkan anjing yg dibawa  tuan nyer...
Projek_Luar Post at 13-9-2011 14:16


he...he....memang terbaik
Anjing pun takut tengok kan Projek_Luar.......
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-9-2011 07:11 PM | Show all posts
TQ Mod....
Jom kita sama-sama buat analisis....
Apasal suspek buat mcm ni..........
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-9-2011 07:19 PM | Show all posts
rasanya dia nak membuat lebih dari menyamun tu....
leylapple Post at 13-9-2011 14:09


Rasanya lah kan apple....
memula suspek ni ingat dia nak merogol....
Pastu dia nampak ada 2 ekor anjing yang jaga Lecturer tu....
Hish....
Takut gak dia kot-kot dia pulak dirogol dek anjing tu.....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-9-2011 09:30 PM | Show all posts
aku nk vote suma boleh? wakakaka
el-ain Post at 13-9-2011 15:27


Boleh je Ain.....
kalau nak tambah lagi pun tak pe....
Kita hormati pendapat Ain.....
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2011 09:55 PM | Show all posts
Membuat mangsa takut la. Walaupun dia sekadar niat nak merompak, takde niat lain, tapi dah kalau mangsa nampak perampok bugil, konfem ler cuak.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-9-2011 10:00 PM | Show all posts
Reply 16# cik.panda

   
tapi dah kalau mangsa nampak perampok bugil, konfem ler cuak.


Tapi suspek terlupa yang maid mangsa tak pernah cuak kan cik.pan kan.......
Merit untuk maid tersebut.....
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2011 06:08 AM | Show all posts
Mengapa Beliau Samun Dalam Keadaan Bogel.....

. motip utama lelaki itu bukan nk menyamun (maybe more than tahat)
. beliau sedang mengalami sakit mental ( merasa puas jika dpt menunjukkan alatnya sulit kpd wanita)
. dengan berbuat demikian, beliau berharap mndpt respon baik dr Catherine Yule seorg wanita inggris yg dianggapnya lebih     sporting berbanding org asia yg agak malu2
. malangnya perbuatan beliau dihalang oleh pembatu rumah bernama ika
. biasa bila nafsu memuncak, seorang itu akan lebih aggresif berbanding dia dlm berkeadaan normal (iols bca dr 1 article ok)
. disebabkan harsat beliau tdk tercapai, beliau sanggup memukul dan menolak ika ke dalam lubang sedalam satu meter.

andaian iols: beliau sebenar2nya. beliau bukannya seorang penyamun. beliau mempunyai niat yg x baik terhadap wanita itu. kejadian ini belaku dikawasan yang agak jauh dari kesibukan lalu lintas yakni di Bukit Belacan yang sunyi dan semak dan memudahkan beliau bertindak sewenang2nya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2011 08:23 AM | Show all posts
Reply  cik.panda

   

Tapi suspek terlupa yang maid mangsa tak pernah cuak kan cik.pan kan... ...
jazaa Post at 13-9-2011 22:00



    best betul dapat maid mcm nie..kalau la apple dapat maid gini...sanggup bayar 1k setiap bulan..
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2011 08:55 AM | Show all posts
Reply 12# jazaa


    anjing pun tunduk malu...
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-1-2025 02:46 PM GMT+8 , Processed in 0.057640 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list