View: 135|Reply: 0
|
Purata dagangan harian pulih
[Copy link]
|
|
Pasaran global boleh huru-hara jika penarafan kredit 3 bank Perancis dipotongPENINGKATAN risiko kemelesetan di Amerika Syarikat (AS) dicetuskan pasaran pekerjaan yang pegun pada Ogos, kerugian besar saham Eropah di tengah kebimbangan krisis hutang zon euro, perangkaan ekonomi serantau lebih teruk daripada jangkaan serta ketiadaan langkah konkrit Rizab Persekutuan untuk meningkatkan ekonomi AS, melembapkan pasaran tempatan minggu lalu.\rPada asas mingguan, penanda aras mewah FTSE Bursa Malaysia Kuala Lumpur Komposit Indeks (FBM KLCI) turun 4.97 mata atau 0.34 peratus kepada 1,469.12 mata, dengan CIMB (-24 sen) dan Public Bank (-12 sen) mengalami kerugian terbesar.\r\n\n\n\n\r Purata dagangan harian dan nilai pulih sedikit kepada 710 juta saham bernilai RM1.25 bilion berbanding 649.8 juta saham bernilai RM1.51 bilion minggu sebelumnya.\r\r\n\n\n\n\n Keadaan kurang bersemangat dalam pasaran ekuiti global boleh bertukar huru-hara jika Perkhidmatan Pelabur Moody memotong penarafan kredit tiga bank terbesar Perancis seawal minggu ini seperti dilaporkan.\rIa boleh menimbulkan kebimbangan krisis kewangan berdasarkan data yang diberikan kepada Bank of International Settlements, pemiutang Eropah menyumbang 94 peratus daripada jumlah pinjaman yang diberikan kepada Greece, dengan Perancis, Jerman dan United Kingdom masing-masing sebanyak 42, 25 dan 10 peratus.\rKeadaan ekonomi dan kestabilan pasaran kewangan di Eropah tampak rapuh dan kenyataan Presiden Bank Pusat Eropah bahawa risiko kepada ekonomi serantau semakin hebat adalah tepat menggambarkan keadaan semasa.\rTahap tekanan dalam sistem kewangan dan Eurozone dicerminkan dalam peningkatan jurang antara Kadar Antara Bank Euro yang ditawarkan dan Pertukaran Indeks Semalaman, dan aliran keluar dana untuk terutama emas, Yen Jepun dan Franc Swiss, yang mendorong Bank Negara Swiss untuk mengenakan had bagi mata wang untuk membendung aliran masuk.\r\n\n\n\n\rDi AS, keberkesanan rancangan AS$447 bilion Presiden Barack Obama minggu lalu untuk meningkatkan pengambilan pekerja adalah bergantung kepada kesanggupan pengguna untuk berbelanja dengan potongan cukai menyumbang lebih separuh daripada nilai dolar.\rHanya 23 peratus atau AS$105 bilion diperuntukkan untuk perbelanjaan infrastruktur yang perlu dilaksanakan segera untuk memberhentikan pertumbuhan ekonomi yang perlahan kepada kadar pertumbuhan tahunan satu peratus pada suku kedua.\rHakikatnya, pengguna seluruh dunia sudah mula mengetatkan perbelanjaan mereka dicerminkan dalam jualan cip global yang boleh digunakan sebagai tolok untuk menilai prospek permintaan Elektrik dan Elektronik (E&E).\rJualan cip global menyaksikan penguncupan pertama sejak Oktober 2009 pada Julai lalu. Begitu juga, eksport E&E Malaysia merosot 8.3 peratus untuk tempoh sama walaupun eksport keseluruhan meningkat 7.1 peratus.\rIndeks Pengeluaran Perindustrian (IPP) mencerminkan arah aliran sama apabila jatuh 0.6 peratus.\rPermintaan luar yang berkurangan dan prospek pertumbuhan ekonomi yang lemah menyebabkan Bank Negara Malaysia mengekalkan kadar faedah penanda aras dan SRR pada masing-masing 3.0 dan 4.0 peratus minggu lalu.\rDi sebalik pandangan yang lemah dan tempoh tidak menentu, pelabur lebih wajar mengurangkan pendedahan dalam ekuiti dengan menjual kepada kekuatan dan menunggu untuk mengumpul selepas pembetulan lanjut.\r
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|