View: 249|Reply: 0
|
Ban sokong Palestin merdeka
[Copy link]
|
|
CANBERRA: Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Ban Ki-moon mengulangi sokongan beliau kepada penubuhan sebuah negara Palestin merdeka semalam, tetapi menegaskan keanggotaan Palestin adalah satu isu yang perlu diputuskan oleh negara anggota.\rBan yang mengakhiri lawatan ke Australia dan Pasifik Selatan berkata, beliau memberi sokongan penuh kepada penubuhan dua negara di mana rakyat Palestin dan Israel boleh hidup berjiran dalam keadaan aman dan selamat,\r\n\n\n\n\r“Saya juga menyokong penubuhan sebuah negara Palestin yang berdaulat. Sudah terlalu lama kita menanti penubuhan negara itu,” katanya kepada wartawan di Canberra sebelum meninggalkan Australia.\r\r\n\n\n\n\nBeliau berkata Presiden Amerika Barack Obama sudah mengemukakan rangka rundingan yang baik antara Israel dan Palestin tetapi semuanya bergantung kepada negara anggota PBB untuk membuat keputusan.\rSementara itu Amerika buat pertama kali berkata ia akan menggunakan kuasa vetonya terhadap cubaan Palestin untuk menjadi anggota penuh PBB, kenyataan yang menimbulkan kemarahan Palestin yang bertegas ia akan meneruskan rancangannya.\rBekas utusan Amerika George Mitchell berkata Palestin mempunyai peluang tipis untuk diterima sebagai anggota penuh PBB kerana ia perlu diputuskan Majlis Keselamatan di mana Amerika mempunyai kuasa veto.\r“Pegawai Amerika juga besar kemungkinan tidak akan berjaya untuk memujuk Palestin dalam usahanya mendapatkan pengiktirafan lebih tinggi di PBB,” katanya.\r\n\n\n\n\rDiplomat berkata mereka tidak pasti apa yang dilakukan Palestin apabila sidang Majlis Keselamatan PBB dibuka 19 September depan.\r“Palestin boleh memohon status lebih rendah sebagai ‘negara bukan anggota’ yang memerlukan majoriti mudah daripada 193 negara anggota,” kata seorang daripada mereka.\rAmerika dan Israel berulang kali menyatakan penentangan terhadap usaha Palestin di PBB dan menyatakan bahawa satu-satunya cara untuk menangani masalah itu ialah melalui rundingan.\r“Amerika menolak usaha Palestin untuk cuba mewujudkan sebuah negara kerana ia hanya boleh dilakukan melalui rundingan. Jika ada usaha seperti itu di PBB, Amerika akan menggunakan kuasa vetonya,” kata jurucakap Jabatan Negara Amerika Victoria Nuland.\rSementara itu jurucakap Presiden Palestin Mahmoud Abbas, Nabil Abu Rdainah, mengeluarkan kenyataan yang menyebut: \r“Kami akan ke PBB untuk memohon agar Palestin diterima sebagai anggota penuh PBB bagi melindungi hak rakyat kami dan menubuhkan dua buah negara.” – Reuters
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|