View: 232|Reply: 1
|
Gaddafi jual rizab emas Libya
[Copy link]
|
|
Bekas pemimpin untung lebih RM3 bilion, nafi rancang lari ke NigerTRIPOLI: Bekas pemimpin Libya, Muammar Gaddafi menjual lebih 20 peratus rizab emas Libya, bernilai lebih AS$1 bilion (RM3 bilion), sebelum lari daripada ditahan pemerintah baru.Gabenor Bank Pusat Libya, Qassem Azzoz, ketika mendedahkannya berkata, jongkong emas bernilai 1.7 bilion dinar (RM4.18 bilion) atau kira-kira 29 tan, dijual kepada pedagang tempatan ketika rejim kekurangan wang tunai.\n\n\n\n “Emas itu dicairkan bagi membayar gaji dan mempunyai pembeli, terutama di Tripoli,” kata Azzozz.\n\n\n\n\n Menurut pegawai bank pusat, emas itu kemungkinan dibawa keluar ke negara jiran Tunisia atau negara berdekatan.Azzoz menambah, aset keseluruhan bank itu kini kekal kira-kira AS$115 bilion (RM344.14 bilion) dan AS$90 bilion (RM269.33 bilion) daripadanya berada di luar negara. Sementara itu, Gaddafi menyelar laporan dia lari ke Niger, menyifatkannya ‘perang psikologi dan penipuan,’ sambil berazam untuk mengalahkan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) dan ‘tikus’ yang memimpin Libya.Kepemimpinan baru Libya yang dikemudi Majlis Peralihan Kebangsaan (NTC) dan Amerika Syarikat menggesa negara jiran menutup sempadan mereka kepada anggota rejim Gaddafi.\n\n\n\nTetapi, dalam ucapan pertamanya selepas beberapa lama, bekas pemimpin itu enggan mengaku kalah dan memberitahu rakyatnya: “Mereka tiada cara lain kecuali melakukan perang psikologi dan menipu.”Bercakap menerusi telefon di saluran televisyen Arrai Oruba berpusat di Damsyik, beliau menambah: “Mereka kali terakhir berkata, Gaddafi dilihat dalam satu konvoi menghala ke Niger. Mereka mahu lemahkan semangat kami. Jangan bazirkan masa terhadap musuh yang lemah itu.”Gaddafi juga berkata, NATO yang melakukan serangan udara setiap hari ke atas tenteranya sejak 31 Mac lalu mengikut satu mandat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), ‘akan dikalahkan’ kerana ‘kapasiti logistik tidak akan benarkannya’ untuk terus menyerang.“Kami sedia di Tripoli dan di mana saja untuk memperhebat serangan ke atas tikus, tentera upahan, yang juga sekumpulan anjing,” katanya.Sejak kompleks pentadbirannya di sini ditawan pada 23 Ogos lalu, Gaddafi membuat beberapa rayuan tentangan dalam pita disiar Arrai, yang dikendalikan bekas Ahli Parlimen Sunnah, Iraq Mishan al-Juburi.Mishan mendakwa satu-satunya personaliti media yang berupaya menghubungi Gaddafi sejak bersembunyi selepas NTC mengambil alih ibu negara dan berkata bekas pemimpin dan anak lelakinya, Saif al-Islam masih berada di Libya.“Saya boleh beritahu anda saya bercakap dengan Gaddafi baru-baru ini. Dia ada di Libya, dalam keadaan bersemangat, kuat, tidak takut dan gembira jika mati berjuang terhadap penjajah.“Anak lelakinya, Saif berada dalam pemikiran sama,” tambah Mishan yang salurannya menyiarkan mesej audio Gaddafi. – AFP
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
|
Cuba mike tengok apa yang tidak kenanya dengan Kerajaan Libya dibawah pimpinan Mua'mar Al Qaddafi:
1. Setiap individu rakyat Libya menerima imbuhan daripada hasil minyak petrol Libya yang dimasukkan terus ke akaun Bank masing-masing. Tak payah nak tuntut royalti dah! Ini juga amalan Kerajaan Emirat Arab Bersatu yang memperuntukkan didalam Perlembagaan bahawa 40% daripada hasil minyak UAE adalah untuk rakyatnya!
2. Cukai pendapatan paling maksimum pun hanya 12%;
3. Bank di Libya tidak mengenakan sebarang faedah/ riba';
4. Qaddafi bersumpah bapa dan keluarganya tidak akan memiliki rumah selagi tiap rakyat Libya tidak mempunyai rumah. Bapa Qaddafi sudahpun meninggal dunia tanpa punya rumah, dan Qaddafi serta anak isterinya masih duduk didalam khemah;
5.Di Libya tidak ada rumah yang dipajak;
6. Mana-mana rakyat yang mahu bertani atau berladang akan diberikan tanah, haiwan ternakan dan benih percuma;
7. Tidak ada bil elektrik di Libya;
8. Pendidikan adalah percumn;
9. Kemudahan perubatan adalah percuma;
10. Tiap pasangan pengantin baru mendapat peruntukkan one-off payment berjumlah 6,000-00 dinar daripada Kerajaan;
11. Harga gas terlalu murah pada nilai 12 cents per liter;
12. Pembelian kenderaan diberi pembiayaan kewangan tanpa faedah;
13. satu sistem pengairan dan saliran yang hebat dibina untuk mengujudkan kawasan pertanian yang membebaskan Libya daripada pergantungan kepada sumber makanan luar;
14. Rakyat dan negara Libya menikmati mutu kehidupan yang tinggi berbanding dengan negara Afrika yang lain.
15 Kebanyakan sekim kesihatan umum, pendidikan dan minyak dibawah subsidi kerajaan.
16. Libya mempunyai kadar kematian bayi yang paling rendah dan kadar hayat yang tinggi;
17. Kadar celik ilmu adalah 90% (sedangkan semasa rampasan kuasa oleh Qaddafi terhadap Raja Idris kadar celik-ilmu hanyalah 10%);
18. Kurang daripada 5% penduduk yang kelaparan/ tanpa rumah; satu jumlah yang jauh daripada Amerika Syarikat;
19. Apabila berlaku kenaikan harga makanan, Qaddafi menghapuskan semua cukai atas makanan;
Sebenarnya Qaddafi berjaya membawa rakyat dan negara Libya kepada tahap yang hebat tanpa bergantung dan menjadi hamba kepada tamaddun dan cengkaman Barat dan Yahudi zionis la'natullah. Sebenarnya apa yang dibawa oleh Qaddafi adalah ciri-ciri sebuah negara kebajikan yang berteraskan kepada Islam tanpa tunduk na'am kepada kafir harbi dan musuh-musuh Islam. Qaddafi boleh membuatkan Barat ketar lutut kepada kekuatan ekonomi negaranya!
Malahan Qaddafi mula menuntut Barat supaya membayar pembelian minyak dengan emas. Sudah tentu Amerika Syarikat, Barat dan Yahudi Zionis la'natullah tidak bersetuju kerana mereka tidak mempunyai simpanan emas yang mencukup untuk membayarnya. Malah matawang mereka kini hanyalah cetakan atas kertas sahaja.
Maka Amerika, Barat dan Yahudi la'natullah tidak ada pilihan melainkan menyingkir Qaddafi. Dan mereka berjaya memperkudakan segelintir rakyat Libya dan memperlengkapkan mereka dengan senjata dan dengan bantuan pesawat gempur Nato, memerangi Kerajaan mereka sendiri!
Begitulah peranan yang dimainkan oleh kaum kafir harbi la'natullah, sentiasa tidak redho dengan umat Islam, dan sentiasa mencari-cari jalan untuk menghancurkan umat Islam. Dan mereka akan sentiasa mencari jalan memperkudakan segelintir umat Islam untuk melakukan khianat terhadap agama dan bangsanya sendiri.
Amat malang apabila ada umat Islam yang rela diperkudakan, malahan sanggup mati demi untuk kafir harbi! Na'zubillah min zalik.
Adios amigos, grasias senor.
Wallahua'lam & Wassalam.
Zulkifli Bin Noordin
Selasa
13 Zul Qaedah 1432
11 Okt 2011 |
|
|
|
|
|
|
| |
|