CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 147|Reply: 0

'Sang Bedal' lebih besar diburu

[Copy link]
Post time 7-9-2011 11:05 AM | Show all posts |Read mode
Penduduk kampung di Bunawan adakan majlis rai kejayaan tangkap reptilia  \rMANILA: Selepas berjaya menangkap buaya seberat satu tan yang mungkin menjadi reptilia paling besar pernah dijerat hidup-hidup di dunia, pegawai Filipina berkata,  mereka kini memburu reptilia jauh lebih besar daripada itu yang bersembunyi di pedalaman wilayah selatan negara itu.\r\n\n\n\n\rPenduduk kampung dan pemburu veteran menjerat buaya air masin sepanjang 6.1 meter hujung minggu selepas tiga minggu memburu di sepanjang anak sungai di Bunawan yang terletak di pedalaman wilayah Agusan del Sur, apabila penduduk kampung yang ketakutan melaporkan sekurang-kurangnya satu serangan maut dilakukan haiwan ganas itu.\r\r\n\n\n\n\nBuaya itu, seberat 1,075 kilogram, adalah yang terbesar ditangkap hidup-hidup di Filipina dalam beberapa tahun ini. Pegawai hidupan liar cuba mengesahkan sama ada itu adalah tangkapan terbesar di dunia, kata jurucakap Biro Kawasan dan Hidupan Liar Dilindungi, Theresa Mundita Lim.\rGuinness World Records menyenaraikan buaya air masin yang ditangkap di Australia sebagai yang terbesar, berukuran 5.48 meter. Buaya air masin boleh hidup lebih 100 tahun dan membesar sehingga tujuh meter.\rPenduduk kampung di Bunawan yang lega, mengadakan majlis kerana kejayaan menangkap buaya itu hidup-hidup, yang perlu ditarik dengan tali oleh kira-kira 100 penduduk daripada anak sungai ke kawasan lapang dan menggunakan kren untuk mengangkatnya masuk ke dalam trak. Mulutnya diikat dengan kabel nilon dan jaring.\r“Ia seperti pesta, ramai penduduk kampung hadir,” kata Datuk Bandar Bunawan, Edwin Cox Elorde.\r\n\n\n\n\rPegawai hidupan liar, Ron Sumilier, yang memburu ‘buaya pengacau’ selama 20 tahun dan mengetuai pasukan yang melakukan tangkapan di Bunawan, berkata pencarian sedang dijalankan memburu buaya lebih besar yang pernah dilihatnya dan penduduk kampung merayau di pinggir bandar itu.\r“Ada yang lebih besar dan ia mungkin yang mencetuskan masalah. Penduduk kampung berkata,  10 peratus ketakutan mereka hilang kerana tangkapan itu. Namun masih ada 90 peratus yang masih tinggal,” kata Sumilier kepada The Associated Press melalui  telefon dari Bunawan, kira-kira 830 kilometer ke tenggara Manila.\rDibantu lima pemburu yang dilatihnya, Sumilier meletakkan 20 perangkap kabel besi dengan bangkai haiwan sebagai umpan di sepanjang anak sungai, lokasi buaya pertama ditangkap.\rSumilier berkata, dia tidak menemui saki baki manusia apabila memaksa buaya yang ditahan itu muntah.\rKatanya, dia juga dipanggil oleh pegawai Bunawan dua tahun lalu selepas seekor buaya besar menyerang dan membaham  seorang kanak-kanak mangsa bot tenggelam. \rElorde berkata, dia bercadang menjadikan buaya yang ditangkap itu sebagai ‘bintang terbesar’ di taman eko-pelancongan yang akan dibina.  – AP

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 01:54 PM GMT+8 , Processed in 0.056739 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list