CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 159|Reply: 0

Pil tidur bukan cara ‘tutup mata’

[Copy link]
Post time 6-9-2011 11:05 AM | Show all posts |Read mode
Doktor gusar ramai sukar lelap selepas Ramadan ambil ubat berlebihan\rJEDDAH: Beberapa doktor pakar  memberi amaran terhadap pengambilan pil tidur untuk mengatasi masalah sukar untuk tidur atau insomnia selepas bulan Ramadan.\r\n\n\n\n\r  Mereka berkata, kesukaran untuk tidur adalah disebabkan pertukaran tabiat tidur sepanjang Ramadan kerana ramai yang  berjaga sepanjang malam dan tidur sepanjang siang.\r\r\n\n\n\n\n  Akhbar Arabnews melaporkan, doktor memberi amaran terutama kepada pelajar dan pekerja terhadap bahaya mengambil pil tidur hingga biasa mengambilnya untuk tidur.\rMereka berkata, pil tidur dan sedatif tidak boleh diambil tanpa arahan pakar perubatan kerana mempunyai kesan sampingan yang berbahaya. \rPerunding perubatan keluarga Arab Saudi, Dr Nahla Ismail berkata pil tidur sangat berbahaya kepada lelaki dan dan wanita muda begitu juga ibu yang bekerja. \r“Pengambilan pil tidur secara berlebihan akan menyebabkan seseorang ada masalah hati selain memberi kesan buruk kepada saraf,” katanya. \r\n\n\n\n\rBeliau turut memberi amaran bahawa penggunaan pil tidur juga boleh membawa kepada gangguan mental dan menjurus kepada ketagihan.\rPakar perubatan dalaman, Dr Abdul Aziz Abdullah pula memberitahu, ada peraturan dan undang-undang yang menghalang pembelian pil tidur tanpa arahan doktor.\rBagaimanapun, ada di kalangan orang ramai yang cuba menggunakan ubat lain kerana ia juga memberi kesan mengantuk seperti ubat batuk, alahan atau selesema.\rBerikutan itu, beliau menyelar farmasi yang menjual ubat itu tanpa sebarang arahan doktor dan berpendapat cara terbaik membantu mereka kembali kepada tabiat tidur yang normal secara berterusan dan tidak bimbang mengenai berjaga lebih lama di waktu malam.  \rBercakap kepada Arabnews, sejumlah ahli farmasi menafikan mereka menjual pil tidur tanpa arahan doktor tetapi mengakui permintaan untuk ubat batuk meningkat sejak beberapa hari lalu.\rPakar psikiatri, Youssef Ibrahim, berkata banyak pendekatan yang boleh digunakan oleh orang ramai untuk memulihkan tabiat tidur yang normal.\r“Makan salad, aprikot dan susu akan mengurangkan tekanan dan membantu mereka yang mengalami masalah tidur,” tambah Ibrahim. Beliau menasihatkan orang ramai untuk merebus dan minum air pudina sebelum tidur. – Agensi

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 01:45 PM GMT+8 , Processed in 0.042106 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list