CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 138|Reply: 0

Kubu Gaddafi bakal diserang

[Copy link]
Post time 6-9-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Tinggal empat bandar yang terus setia kepada bekas pemimpin LibyaSIRTE: Tentera Majlis Peralihan Kebangsaan (NTC) yang diiktiraf sebagai pemerintah baru Libya, bersedia menyerang bandar Bani Walid selepas rundingan dengan penyokong Muammar Gaddafi supaya menyerah diri, menemui kegagalan.\n\n\n\nBekas pemberontak berkata, rundingan dengan penasihat bandar padang pasir itu tidak serius kerana penyokong pro-Gaddafi terus melakukan serangan serentak dengan rundingan itu.\n\n\n\n\nTentera NTC ketika ini bergerak ke Bani Walid daripada tiga arah. Perunding kanan NTC, Abdullah Kenchil, berkata penyokong Gaddafi mahu mereka masuk ke bandar itu tanpa senjata.Selain menjadi kubu kuat Gaddafi, kawasan berkenaan juga menjadi tempat suku kaum terbesar dan paling kuat di Libya. Bani Walid, terletak 150 kilometer ke tenggara Tripoli, satu daripada empat bandar yang masih setia kepada Gaddafi. Sementara itu, anak lelaki Muammar Gaddafi menyalahkan abangnya  atas kegagalan rundingan dengan pemerintah baru Libya mengenai meninggalkan satu daripada benteng penyokong setia terakhir, lapor televisyen Cable News Network (CNN) kelmarin. Saadi Gaddafi memberitahu CNN dalam temubual telefon bahawa ucapan agresif abangnya, Saif al Islam yang siarkan beberapa hari lalu membawa kepada kegagalan rundingan, membuka jalan kepada serangan. \n\n\n\nDua anak pemimpin terkenal itu dipercayai bersembunyi di Sirte  iaitu Saif dan Mutassim.Bercakap mengenai lokasinya, Saadi berkata beliau sudah keluar dari Bani Walid, lapor CNN.Saadi berkata yang beliau tidak menemui bapa atau abangnya sejak dua bulan lalu.Saadi berkata, beliau berkecuali  tetapi bersedia membantu berunding untuk gencatan senjata, kata CNN.Pengerusi NTC, Mustafa Abdel Jalil pula berkata, musuh pro-Gaddafi yang berkubu  diberikan bantuan kemanusiaan dan masa untuk menyerang belum bermula kerana mereka perlu diberi lebih banyak masa untuk menyerah diri dan menghentikan pertumpahan darah.Buat masa ini, NTC  menawarkan tolak ansur dan pengarang Middle East BBC, Jeremy Bowen, yang berada di Tripoli memberitahu NTC tidak mahu menjadi penyebab pertumpahan darah baru ketika mula memerintah Libya. – Agensi

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 01:53 PM GMT+8 , Processed in 0.232344 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list