CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 288|Reply: 3

Wanita bersalin maut jururawat tengok TV

[Copy link]
Post time 4-9-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Mangsa sakit mahu lahir anak jatuh katil klinik\rOUAGADOUGOU: Penunjuk perasaan membakar wad bersalin di Burkina Faso selepas seorang wanita yang sepatutnya melahirkan anak sebaliknya meninggal dunia kerana jururawat asyik menonton televisyen, memaksa kerajaan negara Afrika Barat itu berjanji untuk mengambil tindakan.\r\n\n\n\n\rMangsa yang hamil anak kembar, meninggal dunia Rabu lalu di klinik di bandar terpencil Bobo-Dioulasso selepas mengharungi azab sakit bersalin, kata suaminya, Adama Traore.\r\r\n\n\n\n\nIa adalah kejadian terbaru kematian wanita hamil di wad bersalin di negara itu. Traore, yang bercakap kepada wartawan menerusi telefon kelmarin, berkata dia membawa isterinya ke wad berkenaan 24 jam sebelum itu.\rJururawat meninggalkan isterinya seorang diri dalam bilik bersalin dan terus menonton televisyen, membiarkan mangsa menanggung kesakitan hingga maut.\r“Saya merayu mereka membantu isteri saya bersalin tetapi mereka suruh saya pulang,” kata Traore.\rAkur kepada tradisi Afrika Barat, yang tidak membenarkan lelaki masuk campur dalam kelahiran anak, Traore, meninggalkan hospital.\r\n\n\n\n\rDia menerima panggilan kecemasan keesokannya daripada seorang saudara perempuan yang menemani isterinya dan bergegas ke wad. Kematian isteri Traore dan anak kembarnya mencetuskan kemarahan penunjuk perasaan yang membakar wad itu.\rSeorang lagi wanita yang ditemubual oleh radio kebangsaan kelmarin berkata dia kehilangan anaknya yang berusia tujuh bulan di wad bersalin sama.\rJulai lalu, seorang lagi wanita hamil terkena kejutan elektrik di sebuah wad bersalin di pinggir ibu kota, Ouagadougou, yang mencetuskan bantahan.\rDi sebalik subsidi kerajaan untuk mengurangkan kematian ketika bersalin, kadar kematian masih lagi antara yang tertinggi di dunia pada 307 setiap 100,000 kelahiran atau 2,000 kematian setiap tahun, menurut statistik rasmi.\rKelmarin, delegasi ahli perundangan diketuai Menteri Dalam Negeri, Jerome Bougouma, melawat keluarga Traore.\r“Disebabkan kelalaian menjadi punca kematian, pasti ada tindakan,” kata Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan, Dr Souleymane Sanou.\rTraore berkata, dia tahu sebelum meletakkan motosikalnya Rabu lalu yang dia tidak sepatutnya meninggalkan hospital.\r“Apabila sampai dan meletak motosikal, daripada wajah mereka saya tahu sesuatu yang tragik berlaku. Saya dapati isteri saya terbaring, sudah meninggal dunia di lantai.\r“Jururawat langsung tidak mengangkatnya. Pada saat akhir, isteri saya merintih kesakitan dan terjatuh daripada katil,” katanya. – AP

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-9-2011 10:34 AM | Show all posts
gila punya nurse...:@:@
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2011 09:33 AM | Show all posts
pernah terkena, da nak bersalin, tp nurse bz nak sahur... gile laa...
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2011 09:42 AM | Show all posts
nurse tu pentingkan diri sendiri
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 01:41 PM GMT+8 , Processed in 0.045496 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list