CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 184|Reply: 0

Nasib baik boleh berlakon

[Copy link]
Post time 2-9-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Adibah makin cintakan dunia teater selepas terbabit dalam muzikal CuciKELU seketika lidah Adibah Noor, tatkala diajukan pertanyaan mengenai karier nyanyiannya yang dianggap sesetengah pihak kian malap. Sedangkan, agak lama juga dia cuba membina nama sebagai penghibur disegani, sehingga dirinya berada di puncak menerusi Terlalu Istimewa beberapa tahun lalu.\rBegitupun, dunia seni memang ada pasang surut dan setiap penyanyi mahupun pelakon pasti berdepan keadaan itu. Adibah mungkin tidak terkecuali, walaupun dia sebenarnya masih lagi laris di kalangan penganjur majlis tertutup.\r\n\n\n\n\rKetika yang sama dia mengakui dirinya tidak akan berada di kedudukan atas buat selama-lama, apatah lagi dengan adanya barisan penyanyi generasi baru. Apa saja liku yang perlu dilalui, dia sedikit pun tidak menyesali segala apa yang terjadi kerana penyanyi bersuara lunak ini amat memahami, tumpuan peminat kepada seseorang artis bukanlah bersifat abadi. \r\r\n\n\n\n\nWalaupun tidak menafikan ada rasa kecewa dalam dirinya apabila bercerita mengenai dunia muzik, namun Adibah tetap bersyukur kerana masih ada sisi berbeza dalam dirinya yang setidak-tidaknya mampu memahat namanya untuk kekal lebih lama dalam dunia seni. Bakat lakonan yang diserlahkan sejak beberapa tahun lalu paling tidak membuka mata banyak pihak untuk menggunakan kebolehannya itu. \rSelain filem, dirinya juga tidak asing di pentas teater. Malah, siapa yang boleh lupa gandingannya bersama Awie ketika mereka menjayakan pementasan muzikal Cuci. Bukan saja suaranya yang menggetarkan panggung, malah bakat lakonannya juga cukup menjadi.\rDia sendiri begitu senang mendekatkan diri dengan seni persembahan terbabit, selepas terlebih dulu memikat peminat dengan suaranya sebelum ini. \r“Alhamdulilah saya masih diterima dalam industri ini sehingga ke hari ini, malah kawan-kawan juga banyak memberikan sokongan kepada saya sejak dulu hingga kini.\r\n\n\n\n\r“Lepas raya, saya sibuk dengan promosi filem terbaru, Nasi Lemak 2.0 dan latihan teater The Secret Life Of Nora yang akan dipentaskan tidak lama lagi,” jelas wanita berusia 41 tahun ini.\rLakonan teater hanya mula dicuba olehnya apabila dilamar oleh Hans Isaac untuk menjayakan muzikal Cuci. Sebelum itu nama Adibah cukup sinonim dengan filem arahan Allahyarham Yasmin Ahmad. Di bawah pengarah berkaliber itu, dia beraksi dalam Sepet, Gubra, Mukhsin dan Talentime. Adibah juga berlakon dalam filem pengarah lain seperti Buli Balik, Jin Notti, Magika, Hooperz dan Crayon.\r“Seronok berlakon teater kerana ia nyata berbeza daripada filem. Penghayatan dalam lakonan teater perlu lebih lagi kerana kita berada di set yang nyata.\r“Saya sendiri tidak mahu tertumpu kepada filem semata-mata, kerana saya ingin menjadi pelakon atau artis yang versatil. Jadi, kita kena mencuba banyak bidang seni demi mengejar impian itu,” katanya.\rAdibah ditemui ketika meraikan 85 penghuni Rumah Titian Kasih, Titiwangsa, sempena majlis berbuka puasa dan kutipan amal untuk pusat kebajikan berkenaan anjuran syarikatnya, Adibah Noor Entertainment.\rPenyanyi dan pelakon ini sebenarnya sudah pun beramal untuk rumah kebajikan berkenaan sejak empat tahun lalu.\rSambut Syawal di Melbourne\rSEDANG insan lain bergembira menyambung Syawal bersama keluarga, hati Adibah sedikit tersentuh kerana DIA terpaksa berjauhan daripada famili.\rMenyambut Lebaran di perantauan mungkin bukan perkara asing baginya, tetapi beraya tanpa keluarga di sisi sedikit menyentuh hati wanita ini.\r“Malam raya saya ada program di RTM dan keesokan harinya saya bertolak ke Melbourne, Australia, untuk promosi filem Nasi Lemak 2.0 di sana.\r“Memang sayu juga tapi nak buat macam mana? Orang tua saya pun tak ada dekat sini kerana mereka berada di Makkah dan akan hanya pulang ke tanah air sehari sebelum raya,” jelasnya.\rBegitupun kata Adibah, selepas pulang dari Melbourne, tentunya dia akan menggunakan waktu yang ada untuk beraya sakan bersama sanak-saudara dan rakan-taulan\rDedah wanita ini, dia juga sering beraya bersendirian tanpa keluarga di sisi. Namun kehadiran rakan-rakan sedikit sebanyak menceriakan hati.\r“Saya sudah biasa hidup berdikari. Bagaimanapun saya tetap dapat beraya dengan keluarga pada 2 September, sebelum sibuk dengan promosi filem dan teater pula selepas itu nanti,“ katanya yang bergandingan dengan Namewee, Afdlin Shauki, Nur Fathia, Reshmonu, Datuk David Arumugam dan Pete Teo dalam filem terbabit.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 01:52 PM GMT+8 , Processed in 0.064218 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list