View: 197|Reply: 0
|
Dua juta jemaah hadir khatam Quran
[Copy link]
|
|
Bacaan ketika solat Tarawih \rMAKKAH: Lebih dua juta jemaah dan pelawat menghadiri upacara khatam al-Quran malam tadi di dua masjid suci di sini dan Madinah.\r\n\n\n\n\rKitab al-Quran yang dibacakan ketika solat Terawih, biasanya dialunkan sebagai penutup pada malam Ramadan ke-28.\r\r\n\n\n\n\nPresiden Hal Ehwal Dua Masjid Suci dan semua badan terbabit menyelesaikan semua urusan untuk menyediakan perkhidmatan terbaik kepada jemaah dan pelawat.\rNaib presidennya Sheikh Muhammad Al-Khuzaim, berkata pihaknya mengambil 6,600 kakitangan lelaki dan wanita untuk melaksanakan rancangannya malam tadi bertujuan membolehkan semua yang hadir di Masjid Agung menikmati bacaan ayat suci dalam keadaan selesa.\rBadan itu menyediakan ribuan kerusi roda untuk warga emas menggunakannya secara percuma ketika melakukan ibadat saie, yang membabitkan ulang alik antara gunung Safa dan Marwah.\r“Ada tangga khas bagi mereka yang memerlukan bantuan dan tangga bergerak untuk membawa jemaah ke tingkat dua dan bumbung masjid,” katanya.\r\n\n\n\nAl-Khuzaim berkata, pihaknya mengagihkan kuantiti besar air Zamzam sejuk di seluruh masjid.\rKatanya, ada 176 pintu pagar menghala ke Haram, bumbung dan ruangan bawah dipantau 926 kakitangan bagi memastikan jemaah masuk dan keluar secara lancar. \rDatuk bandar Makkah, Osama Al-Bar, berkata tukang cuci bekerja 24 jam sehari di Haram dan plazanya. – Agensi
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|